Tarikh: 14 Jun 2009 (Ahad)
Masa: 2.00 petang
Tempat: Dewan Komuniti Taman IKS
Lebih 92 orang ahli UMNO Cawangan Taman IKS hadir pada persidangan kali ini. Turut hadir adalah Ketua UMNO Bahagian Batu - Datuk Yahya Mat Ghani, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Batu - Saudara Azniee Abdullah dan beberapa wakil dari UMNO Bahagian Batu.
Tema persidangan kali ini memberi fokus kepada konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri - Dato' Seri Najib Tun Razak. Tetapi sebelum kita dapat menjayakan 1Malaysia, pastikan kita mengecapi 1UMNO dan 1Melayu terlebih dahulu. Zaman ini perpaduan amat penting untuk mewujudkan suasana harmoni dan makmur.
Pada persidangan sayap pergerakan pemuda (Pemuda IKS), Pengerusi Biro Latihan & Pendidikan - Saudara Shahir Omar telah membentangkan usul berkenaan kepentingan komunikasi dalam sesebuah pergerakan atau organisasi. Komunikasi adalah kritikal dalam memastikan segala maklumat yang disalurkan berjaya disampaikan kepada setiap peringkat. Langkah ini dapat menjamin keberkesanan pergerakan itu sekali gus mengamalkan konsep seiring yang dimatlamatkan.
Naib Ketua Pemuda IKS - Saudara Ali Imran mengketengahkan isu status pembinaan gelanggang futsal komuniti dalam kawasan Parlimen Batu. Sebelum ini perkara ini telah pun sampai kepada Menteri Belia & Sukan dan turut mendapat persetujuannya. Namun pertukaran jawatan dalam rombakan Kabinet terkini seolah-olah telah membantutkan perkembangan perkara ini. Barisan kepimpinan UMNO Cawangan Taman IKS bersetuju untuk meneliti semula perkara ini dan akan memberitahu perkembangannya dari masa ke semasa.
Ketua Pemuda IKS, Saudara Fakhrulzaman menekankan tentang proses pengambilan ahli baru UMNO tidak kira usia dan jantina. Beliau menegaskan bahawa UMNO memerlukan darah baru untuk dialirkan dalam jasad keramat ini. Oleh itu, sebagai langkah pemantapan UMNO, adalah penting untuk kita terus merekrut ahli masyarakat tempatan supaya menyertai UMNO. Berharap di masa hadapan, UMNO Cawangan Taman IKS dapat menubuhkan Pergerakan Puteri yang masih belum ada lagi. Bersama-sama kita mengusahakannya.
Ketua Pemuda Batu - Saudara Azniee Abdullah pula menceritakan betapa nazaknya UMNO dan kuasa orang Melayu di bumi Malaysia. Baik dalam bidang ekonomi, pendidikan mahupun sosial, Melayu semakin kurang berkuasa dan kurang menyerlah. Desakan bangsa lain semakin menyempitkan ruang fikiran Melayu. Orang Melayu perlu sedar dan harus bangkit untuk menjaga kepentingan dan mengembalikan kegemilangan kuasa orang Melayu. Jika kita terus lalai dan alpa, nescaya tanah kita akan dirampas oleh kaum pendatang ini.
Ketua UMNO Cawangan Taman IKS - Kekanda Ramlan Salleh sering mengingatkan para ahli bahawa kepentingan organisasi perlu mengatasi kepentingan peribadi. Berkat usaha dan pengorbanan dalam berjuang pasti akan membuahkan hasil. Jangan terlalu memikirkan hal-hal dalaman yang remeh temeh kerana ia mampu menghancurkan UMNO dari dalam. Beliau turut berkongsi pengalaman beliau bersama-sama barisan kepimpinannya hari ini dalam mengharungi suka duka dalam UMNO selama lebih 25 tahun. Sesungguhnya ini adalah perjuangan demi Agama, Bangsa dan Negara.
Ketua UMNO Bahagian Batu - Datuk Yahya Mat Ghani mengimbau kembali sejarah penubuhan UMNO pada tahun 1946. Kita perlu menghayati perjuangan orang-orang terdahulu untuk mewujudkan semangat jati dalam diri. Beliau menasihati semua agar menghargai penat lelah pejuang-pejuang bangsa. Janganlah sehingga perbuatan kita hari ini merosakkan masa hadapan dan nasib anak cucu kita. Kita perlu bersatu padu dan hindarkan dari budaya berpuak-puak. Jiwai perjuangan lalu untuk dijadikan inspirasi untuk terus bergerak maju.
Dalam membentangkan usul, UMNO Cawangan Taman IKS turut menggesa pihak DBKL dalam usaha memindahkan Pasar Sentul ke lokasi yang lebih strategik kerana sering menyebabkan kesesakan lalu lintas. UMNO Cawangan Taman IKS sebulat suara membantah cadangan untuk membawa masuk semula Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya - Chin Peng ke dalam Malaysia. Jahanam komunis pengkhianat negara!
Peti Suara
16 Jun 2009
Rumusan Persidangan Tahunan UMNO Cawangan Taman IKS
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Wah satu ulasan yang padat dan bagus. Saya nak minta maaf lama tak memberi komen tetapi saya rasa amat terharu membaca posting sdr yang cukup informatif. Saya juga tertarik kepada amanat dari Ketua Cawangan Taman IKS iaitu "Jangan terlalu memikirkan hal-hal dalaman yang remeh temeh kerana ia mampu menghancurkan UMNO dari dalam." Hidup UMNO!
BalasPadamthanx for your support bro. we really appreciate it. currently we're sick and tired of the non-beneficial national politics scenario. need some time to lay back before preparing the next post. however, your postings still kicks ass!
BalasPadam