Matlamat penubuhan laman blog ini adalah sebagai medan perkongsian dan perbincangan mengenai isu-isu semasa serta pusat saluran maklumat terkini berkenaan perkembangan pergerakan Pemuda IKS. Setiap ulasan yang dibuat mengenai apa jua topik hendaklah dilaksanakan secara matang dan profesional. Pemuda IKS akan menapis sebarang ulasan yang tidak bernas dan tidak membina untuk menjaga nama baik laman blog ini. Terima kasih di atas kerjasama semua pengunjung.

Peti Suara


15 Januari 2011

Karnival Jom Pancing Pemuda TKP2 2011

Pergerakan Pemuda UMNO TKP2, dalam usaha untuk mencari dana dan sumber kewangan telah merancang untuk mengadakan satu pertandingan memancing terbuka.

Berdasarkan kajian serta pengalaman kami, sukan ataupun pertandingan memancing adalah salah satu dari aktiviti riadah yang mendapat perhatian kebanyakan wargakota di masa lapang.

Selain dari faktor komersial, pertandingan ini juga diharap dapat mengeratkan silatulrahim diantara individu, masyarakat dan peserta peserta yang mengambil bahagian.

Dalam masa yang sama, diharap program program seumpama ini dapat mengembalikan sokongan rakyat dan dapat meraih sokongan pengundi pengundi dikawasan sekitar untuk menyokong kepimpinan kerajaan.

Mengambil peluang daripada aktiviti ini, kami sependapat untuk mengadakan pertandingan memancing yang julung-julung kali diadakan oleh pertubuhan ini.

Segala aspek untuk melaksanakan program ini telah dirangkumkan bersama didalam Draf Cadangan dan telah dipersetujui oleh Exco Pemuda Cawangan yang terdiri daripada Ketua Pemuda, Timbalan Ketua Pemuda Cawangan, Penolong Setiausaha Pemuda Cawangan, Ketua Penerangan Pemuda Cawangan dan AJK Pemuda Cawangan.

Golongan sasaran penyertaan adalah terbuka kepada semua peringkat umur dan jantina.



Selain daripada aktiviti memancing yang menjadi asas karnival ini, kami juga merancang untuk menjemput badan-badan kerajaan seperti Kementerian Kesihatan untuk mengadakan Klinik pemeriksaan kesihatan secara percuma, Polis Diraja Malaysia untuk kaunter saman trafik dan Kempen Cegah Jenayah / RakanCop, Bomba, AADK, Pemadam serta Suruhanjaya Pilihanraya dan juga penglibatan syarikat swasta seperti Proton, Syarikat Insuran, Syarikat Telekomunikasi dan sebagainya.

Borang Penyertaan
Baca selanjutnya...