Tarikh: 22 Disember 2009 (Selasa)
Masa: 08.00 malam
Tempat: Dataran Rumah Pangsa Seri Perak, Sentul
Program ini menampilkan speaker yang dijemput khas iaitu ADUN Bagan Pinang, YB Tan Sri Md Isa Samad dan Ketua Pembangkang Negeri Kelantan, Dato' Md Alwi. Mohon kehadiran seramai yang mungkin daripada para Pemuda di perigkat cawangan.
Pemuda IKS ingin menyeru kepada seluruh warga UMNO Cawangan Taman IKS agar dapat bersama memberi sokongan dan memeriahkan lagi program yang dianjurkan ini. Pemuda, GEMPURR!!!
Baca selanjutnya...
Peti Suara
22 Disember 2009
Program Pemimpin Bersama Rakyat
09 Disember 2009
Riang Ria Pemuda IKS
Tarikh: 12 - 13 Disember 2009
Masa: 08.30 pagi
Tempat: Dewan Komuniti Taman IKS
Untuk menutup taqwim program Pemuda IKS untuk tahun 2009, Pemuda IKS akan menganjurkan satu program "Riang Ria" yang akan melibatkan seluruh warga UMNO Taman IKS.
Program kelolaan Setiausaha Pemuda IKS, Saudara Faeizal Dzaidi ini akan menganjurkan beberapa pertandingan sukan seperti bolasepak 5 sebelah dan ping pong. Pertandingan ini hanya terbuka kepada ahli-ahli Pemuda IKS sahaja. Selain itu, acara sukaneka juga turut diadakan untuk kanak-kanak yang merupakan anak-anak kepada warga UMNO Taman IKS.
Program ini mendapat sokongan penuh daripada pihak UMNO Cawangan Taman IKS. Kepulangan Ketua Cawangannya ke tanah air setelah selesai menunaikan fardhu Haji, Datuk Ramlan Salleh turut akan diraikan.
Program ini akan disudahi dengan jamuan BBQ di kalangan warga UMNO Cawangan Taman IKS.
Baca selanjutnya...
07 Disember 2009
Wajarkah Untuk Mewujudkan Puteri IKS?
(Sori sebab lame x menulis)
"Aaaahhh...malas aku nak melayannya nanti" - inilah ungkapan yang biasa keluar dari mulut rakan-rakan dalam kelumpuk Pemuda IKS apabila soalan isu penubuhan Puteri IKS ini diutarakan. Mungkin mereka sudah menganggap golongan Puteri ini bakal menyusahkan ataupun mereka takut kedudukan Pemuda IKS tergugat?
Sudah tentu mereka melihat apa yang berlaku di sekeliling mereka (UMNO Batu). Penubuhan puteri nampaknya akan memeriahkan dan mengaktifkan lagi sesebuah cawangan namun tetap ada kontranya.
Bukankah lebih berseri lagi apabila cawangan kita dipenuhi anak-anak gadis yang muda? "Tang tu je la bes kot..." Namun Pemuda IKS tetap merasakan kewujudan Puteri IKS akan menghuru harakan keadaan (Puteri, jangan marah, nanti cepat berkedut). Keadaan yang dimaksudkan adalah dari segi pengurusan.
Selama ini, ada juga ahli Pemuda IKS sendiri yang mencadangkan penubuhan Puteri IKS, namun kita harus juga mengukur tahap sambutan, penyertaan dan keberkesanan penubuhan tersebut. Ahli-ahlinya juga perlu berwawasan dan bermotivasi.
Kalau syok-syok tubuhkan puteri, tetapi tidak mendapat sambutan dan pergerakan terbantut, baik tak payah kot.
Tetapi jika menubuhkan Puteri IKS akan sedikit sebanyak membantu membangunkan masyarakat setempat serta mampu mengihindarkan anak-anak gadis daripada gejala tidak senonoh, apa salahnya? Pemuda IKS akan menyokong penuh penubuhannya, malah bergerak seiring dalam apa jua program dan aktiviti.
Baca selanjutnya...