Matlamat penubuhan laman blog ini adalah sebagai medan perkongsian dan perbincangan mengenai isu-isu semasa serta pusat saluran maklumat terkini berkenaan perkembangan pergerakan Pemuda IKS. Setiap ulasan yang dibuat mengenai apa jua topik hendaklah dilaksanakan secara matang dan profesional. Pemuda IKS akan menapis sebarang ulasan yang tidak bernas dan tidak membina untuk menjaga nama baik laman blog ini. Terima kasih di atas kerjasama semua pengunjung.

Peti Suara


03 Ogos 2009

Rumusan Persidangan Tahunan Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Batu 2009

Pergerakan Pemuda UMNO telah mengadakan persidangan tahunan mereka pada hari Ahad yang lepas. Berikut adalah beberapa perkara menarik sepanjang berlangsungnya majlis tersebut.



Majlis perasmian persidangan ini bermula kira-kira pada pukul 9.00 pagi. Dif kehormat yang hadir adalah YB Datuk Seri Ismail Sabri bin Yaakob, ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia merangkap Menteri Perdangangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Selain beliau, wakil dari UMNO Badan Perhubungan Negeri Wilayah Persekutuan turut hadir mengesahkan persidangan ini berlangsung mengikut peraturan yang ditetapkan iaitu:

Puan Saadiah Bakar
Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Putrajaya

Saudara Tengku Azman Tengku Zainal Abidin
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bukit Bintang
Pengerusi Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB)
Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia


Saudari Azliza Ahmad
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Seputeh


Abas Tawar Diri Jadi Posmen
Dalam ucapan Datuk Yahya Mat Ghani (Abas), Ketua UMNO Bahagian Batu, beliau menegaskan bahawa pengambil-alihan kuasa oleh beliau bukanlah satu tindakan yang suka-suka. Beliau benar-benar ingin berkhidmat kepada masyarakat di kawasan Parlimen Batu. Beliau menawarkan diri untuk menjadi posmen kepada masyarakat setempat. Beliau turut mengalu-alukan jika warga Parlimen Batu terutamanya ahli UMNO dapat mengunjungi beliau di Pejabat UMNO Bahagian Batu yang terletak di Taman Bullion Mewah jika terdapat apa jua masalah yang dihadapi. Beliau berjanji untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik sepanjang kewujudan beliau untuk penggal ini.

Anti-ISA: Penunjuk Perasaan Ibarat Pelacur!
Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri bin Yaakob, dalam ucapan perasmian beliau, memberitahu kepada para perwakilan, supaya jangan terikut seperti mereka yang membuat bantahan terhadap ISA. Ini kerana mereka ibarat pelacur yang sanggup diperlakukan apa sahaja oleh orang-orang tertentu demi kepentingan orang-orang ini. Lihat sahaja apa kesudahannya. Pengikut-pengikutnya ditahan dan ditangkap tetapi pemimpin mereka masih bersahaja. Inikah pemimpin yang kita mahu? Mereka memperalatkan rakyat untuk mendapatkan apa yang mereka mahu.



We Salute Asmuri & Nizam!
Dalam persidangan tempoh hari, 2 orang perwakilan akan diundi untuk menyertai Persidangan Tahunan Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. 4 orang calon disenaraikan akan bertanding untuk tujuan ini. Mereka adalah:

01 Ahmad Badli Badaruddin
Ketua Pemuda Fasa 3 Bandar Baru Sentul

02 Mohd Fakhrulzaman Fadzil
Ketua Pemuda Taman IKS

03 Asmuri Hj Hassan Masri
Ketua Pemuda KOP Business Centre

04 Mohd Nizam Abdul Malek
Ketua Pemuda Desa Batu Muda

Namun, Saudara Asmuri tidak dapat hadir dan mengemukakan surat tarik diri dari bertanding. Sejurus selepas itu, Saudara Nizam pula mengumumkan bahawa beliau turut menarik diri dari bertanding di atas semangat mewujudkan perpaduan di kalangan Pemuda di peringkat Bahagian.

4 ulasan:

  1. Tanpa Nama03 Ogos, 2009

    Bro Zul....
    pasal Anti-ISA tuh....diorang dikatakan pelacur..
    then..how about yang Pro-ISA??
    diorang pon ada jugak..

    BalasPadam
  2. buat sdr nizam saya puji atas tindakan yg beliau ambil, menarik diri untuk G2. Jk psidangan tahun lepas calon G2 yg menarik diri akan dapat sesuatu spt azmi azilan dpt ketua pneranagn, sdr badli dpt s/u, syed khairil dpt bendahari, razali dpt...!!!! sy pasti nizam x dpat apa2 pn. nzam patut di beri sesuatu. ingat! dia menang dulu pn dgn undi yg byk. bukan calang2, ketua pnerngan skrg.imej nizam bersih, smart, tiada masalah dgn sesiapa. kagum juga lihat dia pakai baju melayu. imej pemuda terpelihara beb. dgr khabar beliau agak aktif dgn pibg sek, kerap menghadiri seminar di masjid wilayah, biro agama patut panggil dia,

    BalasPadam
  3. saya pun kagum dgn semangat perpaduan yg sdr nizam pamerkan. tahniah

    BalasPadam
  4. imej sdr nizam memang bersih dari dulu lagi cuma mungkin org tak perasan je. Apa pun kena saling bekerjesama

    BalasPadam