Matlamat penubuhan laman blog ini adalah sebagai medan perkongsian dan perbincangan mengenai isu-isu semasa serta pusat saluran maklumat terkini berkenaan perkembangan pergerakan Pemuda IKS. Setiap ulasan yang dibuat mengenai apa jua topik hendaklah dilaksanakan secara matang dan profesional. Pemuda IKS akan menapis sebarang ulasan yang tidak bernas dan tidak membina untuk menjaga nama baik laman blog ini. Terima kasih di atas kerjasama semua pengunjung.

Peti Suara


20 Mac 2009

PPSMI Wajar Diteruskan

Perkembangan sistem pendidikan Malaysia seabad yang lalu menekankan satu sistem perkauman. Kini sistem pendidikan Malaysia sudah melangkah jauh dan telah berjaya melahirkan ribuan tokoh ilmuwan yang juga telah membuktikan keberkesanan sistem pendidikan Malaysia setaraf negara membangun yang lain.
Manifestasi daripada PPSMI yang telah dilaksanakan memberi kesan yang besar kepada sistem pendidikan negara. Jika ketika era pemerintahan Tun Dr Mahathir, suara bantahan daripada rakyat kedengaran sumbang. Namun mengapa di kala pemerintahan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, semakin ramai yang berani sehingga terjelmalah budaya demokrasi jalanan?
Sungguh memualkan apabila golongan yang berpendidikan tinggi yang telah terdidik dengan adab dan budi perkerti yang mulia sejak di alam persekolahan sehinggalah ke menara gading telah menterjemahkan ilmu yang mereka perolehi di jalanan. Sedangkan mereka telah diajar agar menururt cara yang lebih bijaksana dan bertamadun untuk menyelesaikan sesuatu masalah.
Pengajaran dalam bahasa Inggeris telah dilaksanakan kira-kira enam tahun yang lalu. Walaupun ianya satu tempoh yang belum cukup matang, namun implikasinya masih boleh dinilai. Pada hemat saya, selaku generasi muda yang telah melalui keperitan tidak mahir berbahasa Inggeris, PPSMI wajar diteruskan. Kita tidak seharusnya berpatah balik ke belakang setelah berada jauh di hadapan. Apakah motif PPSMI mahu dihapuskan?
1. Bahasa Inggeris akan menyebabkan kepentingan Bahasa Melayu terhapus.
Tidakkah kita sedar bertapa hebatnya rakyat Malaysia apabila mampu menguasai pelbagai bahasa? Kepelbagaian bahasa melambangkan kekuatan dan kebolehan rakyat yang bakal mengagumkan negara luar.
Persoalan jati diri juga menjadi salah satu penyebab kenapa sesetengah pihak mahu PPSMI dihapuskan. Saya hairan mengapa persoalan bahasa diperbesarkan, sedangkan masih banyak masalah lain yang perlu diambil perhatian. Contohnya, ratusan filem porno masuk ke pasaran Malaysia dan boleh diperoleh dengan mudah. Begitu jugalah filem-filem barat yang berusur keganasan semakin mendapat tempat di siaran televisyen Malaysia. Anehnya apabila filem tempatan ianya ditapis dengan ketat.
Contohnya filem hasil tangan Yasmin Ahmad berjudul "MUALAF" yang dikatakan bertentangan dengan norma-norma orang Melayu, tetapi bagaimana dengan mudah filem barat seperti "SEX DRIVE" boleh menebusi pasaran Malaysia? Siapa yang mampu menghalang kanak-kanak di bawah umur menonton filem tersebut kerana ianya boleh didapati dengan mudah di pasaraya/pasar malam? Malah, rancangan realiti yang melalaikan seperti Malaysian Idol tidak pula dibawa ke jalanan dan dibantah. Sedangkan isu seperti itu jauh lebih hebat pengaruhnya kepada kita.
2. Pelajar luar bandar ketinggalan ke belakang.
Sememangnya tidak boleh dinafikan bahawa pelajar luar bandar berdepan dengan cabaran yang lebih hebat. Namun, sebagai rakyat Malaysia yang patriotik, kita seharusnya menyakini usaha Kementerian Pelajaran dalam usaha mengatasi kelemahan pelajar luar bandar. Yakinilah kepakaran mereka dalam menangani isu ini.
Fikirkanlah jika PPSMI tidak dilaksanakan tentu ada pelajar luar bandar yang akan berhadapan dengan lebih banyak kesukaran apabila berada di universiti kelak. Mereka yang terlibat dengan demokrasi jalanan, fikir-fikirkanlah akan kesukaran yang jauh lebih hebat apabila anak-anak kita tidak dibiasakan dengan kemahiran berbahasa Inggeris.
Malahan, kebanyakan buku-buku rujukan di universiti juga adalah dalam bahasa Inggeris. Jika ada terjemahan dalam bahasa Melayu pun, tentu tidak banyak. Jika kita mengasihi anak-anak kita, kita sepatutnya membiarkan PPSMI diteruskan. Pecayalah, apabila PPSMI dihapuskan, ianya tidak akan membantu dalam meningkatkan kemahiran berbahasa Inggeris di kalangan pelajar. Selain itu, tidak semua ibu bapa mampu bertutur dalam bahasa Inggeris dengan baik, justeru, PPSMI sedikit sebanyak mampu meningkatkan kemahiran berbahasa Inggeris masyarakat kita.
Sistem pendidikan Malaysia berjalan dengan baik selama ini, meskipun biasa berberhadapan dengan beberapa masalah, namun ianya mampu ditangani dengan penuh bertamadun dan berhemah. Jesteru, saya merayu kepada semua pihak agar melestarikannya. Jangan sampai menjadi porak poranda seperti yang berlaku dalam politik pada masa ini.

5 ulasan:

  1. Tanpa Nama20 Mac, 2009

    Betul sbg golongan professional aku setuju tetapi dlm ms yg sama aku menyokong memperkasakan bahasa melayu.kdg org kite terlalu emosi bl berckp pasal bangsa tetapi tidak melakukan apa2 utk meningkatkan kemajuan anak bangsa.sebenarnye penggunaan bahasa ni tidak kirala inggeris ke melayu harusla digunakan pd tempat yg sesuai spt yg sy ckp dulu tak semua tpt bole pakai bhs inggeris dan melayu.bergantung kepada situasi dan persekitaran.yg ptng kita dpt menguasai kedua2 bhs dgn baik dan dpt mengunakannye apabila perlu.tak salah belajar bhs inggeris jika tau mane nak gune.

    Kite perlu berani utk bersaing dan kite jgn harap hak istimewa kite akan terus kekal jika terus bersikap defensive dan tidak mahu berubah kerana bg pandangan sy kite ape shj ilmu yg kite pelajari boleh diguna pakai utk memperthnkan bangsa kite sendiri .org tak kan berani mempertikaikan kedudukan kite jika kite mempunyai ilmu yg sgt luas dan mampu bersaing.dgn adanye ilmu tak kira la ilmu ape nescaya kite dpt menangkis segala anasir2 yg ingin melihat bangsa melayu lenyap. Jadi sy seru rakan2 semua supaya belajar mencri ilmu utk memperthnkan bangsa.

    Bak kate pepatah inggeris ‘offensive is the best defensive’

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama20 Mac, 2009

    ya..aku setuju.....kita harus menyokong apa jua bentuk pendidikan yang mampu memertabatkan bangsa kita dimata dunia....bak kata mantan perdana menteri...Tun mahathir.... kita harus memperkasakan ilmu dalam bidang sains dan matematik kalau mahu bangsa melayu kita di sanjung tinggi.....lagipun kita kena terima hakikat sebenar yang bangsa kita masih belum maju dalam bidang sains dan teknologi....perkara ni semua memakan masa...klu tak dimulakan dari sekarang..bila lagi...

    BalasPadam
  3. Teaching science and maths in English can have grave effects on Malaysia. Read my latest blog entry to find out more.

    Thanks!

    BalasPadam
  4. saudara,

    Marilah kita membuka mata, minda dan mendengar sendiri bagaimana penggunaan Bahasa kebangsaan oleh sebilangan rakyat yang tidak menghormati dan dengan sengaja merosakkan BM dengan bahasa rojaknya. Bagi saya ia adalah seumpama 'BARAH BAHASA' yg tanpa disedari akan berjangkit sehingga rakyat berpendapat ianya satu bahasa yang biasa tanpa rasa bersalah.

    Cubalah kita menjenguk di negara2 luar yg masih mempertabatkan dan membangunkan bahasa kebangsaan mereka. Adakah mereka menggunakan bahasa rojak semasa bercakap mahupun ia bukan dalam pertuturan rasmi. Didalam sistem pembelajaran mereka masih mengekalkan bahasa kebangsaan dan mereka maju kehadapan setanding dengan negara2 lain. Mereka sedar bahawa penggunaan br akan mengkucarkacirkan bahasa kebangsaan mereka.

    Rakyat mereka mempunyai sikap dan sifat yang jitu(optimis) dan berusaha bersungguh membangunkan serta mengangkat martabat bahasa kebangsaan mereka selari dengan perkembangan BI.
    Pengorbanan memperkaya bahasa kebangsaan mereka bukan bermakna mereka tidak tahu kepentingan BI yg dianggap bahasa global tetapi atas dasar sikap(mentaliti) yang tidak berputus asa mahu bersaing dan lebih hebat dari penguasaan BI.

    Siapa lagi jika bukan dari rakyat jelata sendiri yang mahu memajukan bahasa negara sendiri daripada terus jatuh dan berputus asa membiarkan BI berleluasa menjajah bahasa dinegaranya sendiri dan akhirnya terus menganggap BI adalah lebih penting dari bahasa kebangsaan sendiri.Inilah yang terjadi di Malaysia ketika ini.

    Untuk mempastikan bahasa Malaysia terus dipandang tinggi oleh rakyatnya satu satunya jalan penyelesaian adalah dari sistem pendidikan negara yang perlu gigih dan tegas dalam membincangkan tentang bahasa kebangsaan disemua jenis sekolah..bersambung

    BalasPadam
  5. Subjek yang dihadapi di peringkat IPTA semua dalam bahasa Inggeris.Suatu kesukaran bagi pelajar apabila belajar Prinsip Akaun dalam Bahsa melayu diperingkat sekolah menengah tetapi bertukar kepada bahasa inggeris di IPTA.Ini membuatkan ramai peljar untuk 'score' subjek itu.Jadi,bg saya wajar (PPSMI).Atau di IPTA bahasa melayu dijadikan medium pembelajaran.Mohon pendapat.

    BalasPadam