Matlamat penubuhan laman blog ini adalah sebagai medan perkongsian dan perbincangan mengenai isu-isu semasa serta pusat saluran maklumat terkini berkenaan perkembangan pergerakan Pemuda IKS. Setiap ulasan yang dibuat mengenai apa jua topik hendaklah dilaksanakan secara matang dan profesional. Pemuda IKS akan menapis sebarang ulasan yang tidak bernas dan tidak membina untuk menjaga nama baik laman blog ini. Terima kasih di atas kerjasama semua pengunjung.

Peti Suara


17 Februari 2009

Siapa Yang Layak Untuk Memimpin?

Salam perjuangan. Hari ini Pemuda IKS ingin mengupas antara kriteria pemimpin yang menjadi pilihan rakyat. Menjelang tarikh Perhimpunan Agung Tahunan UMNO Malaysia pada 24 Mac 2009 dan tarikh penamaan calon pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang & DUN Bukit Selambau pada 29 Mac 2009, soal kepimpinan memang menjadi fokus utama serta topik bualan ramai.
Tak perlu pergi jauh untuk bercerita mengenai tajuk ini. Ambil kira sebuah organisasi kecil sahaja seperti Pemuda IKS ataupun Gerakan Belia 4B sesebuah tempat. Setiap individu yang ingin menjawat satu jawatan hendaklah mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang tertentu. Yakni, ianya bergantung kepada skop kerja jawatan tersebut ataupun kemahiran yang dimiliki individu itu.
Berikut adalah panduan utama dalam memilih seseorang pemimpin iaitu sifat-sifat wajib seorang Rasul: Siddiq, Amanah, Tabligh & Fatanah.
Namun, dunia hari ini lebih mempercayai bahawa untuk pergi lebih jauh, kriteria berikut hendaklah dipenuhi:
1. Pengaruh
2. Masa
3. Kewangan
4. ________
Pengaruh yang dimaksudkan adalah pengaruh terhadap orang "atasan" dan juga orang "bawahan" ataupun jaringan kenalan. Pengaruh sebegini difahamkan akan memudahkan kerja dan melicinkan pentadbiran. Dalam erti kata lain, pengaruh bermaksud "disukai ramai".
Masa dan kelapangan turut menjadi bahan ukuran dek kerana perjuangan sesetengah organisasi memerlukan seseorang itu meluangkan masa yang banyak. Ini merupakan salah satu pengorbanan yang diperlukan untuk memberi komitmen penuh kepada organisasi.
Pemimpin perlu berduit? Zaman sekarang, ya. Hampir segalanya memerlukan duit. Terutamanya untuk bergerak seperti majlis makan-makan, program kemasyarakatan dan sebagainya. Belum dikira makan minum, petrol dan rokok. Tambahan pula, manusia hari ini juga sanggup melakukan apa sahaja kerana duit. Oleh itu, duit merupakan kuasa besar dalam organisasi tertentu.
Akan tetapi sedarlah, kita memilih pemimpin yang terdiri daripada golongan manusia biasa dan bukannya Nabi dan Rasul. Sudah tentu ada cacat celanya. Namun jika menggunakan kaedah moden seperti disebutkan di atas, agak sukar mencari pemimpin yang benar-benar sejati. Kupasan kali ini tidak tertumpu pada ketua sahaja. Malah turut menyentuh ahli-ahli majlis tertinggi dan jawatankuasa sesebuah organisasi.
Apakah sifat ke-4 seorang pemimpin moden?

1 ulasan:

  1. Ianya menunjukan kita hidup diakhir zaman dan jika dibiar kan didalam politik semasa ianya menjadi petunjuk bahawa UMNO akan menuju ke zaman kejatuhan....
    Renung renung kan lah .....
    Pemimpin yang benar benar layak akan menjamin ketulusan dan ketahanan UMNO sampai bila bila.
    Puncanya adalah diri kita sendiri kerana sangat sangat mementingkan wang dan kuasa daripada segalanya sehingga sanggup mengadaikan apa saja deminya dan lebih keji lagi hina kita sanggup hipokrit mengangkat pemimpin seperti ini bagi mendapatkan wang dan kuasa tanpa menghiraukan impak dan kesan untuk masa yang akan datang.

    BalasPadam