Matlamat penubuhan laman blog ini adalah sebagai medan perkongsian dan perbincangan mengenai isu-isu semasa serta pusat saluran maklumat terkini berkenaan perkembangan pergerakan Pemuda IKS. Setiap ulasan yang dibuat mengenai apa jua topik hendaklah dilaksanakan secara matang dan profesional. Pemuda IKS akan menapis sebarang ulasan yang tidak bernas dan tidak membina untuk menjaga nama baik laman blog ini. Terima kasih di atas kerjasama semua pengunjung.

Peti Suara


11 Januari 2009

Solat Hajat Untuk Bumi Palestin

Pada Jumaat lepas, satu ibadah Solat Sunat Hajat telah ditunaikan oleh jemaah yang hadir di Masjid Bangunan Tabung Haji bagi mendoakan kesejahteraan rakyat Palestin. Semakin hari semakin buntu dibuatnya akan keadaan mereka.
Dalam kita bergembira dengan kehidupan seharian, Pemuda IKS ingin mengingatkan semua dan juga diri sendiri agar sentiasa mengenangkan nasib Muslim di Palestin. Pelbagai usaha dari banyak pihak telah dijalankan untuk memberhentikan penyembelihan umat Islam di bumi Gaza.
Namun, AS dan Israel tetap mengendahkannya. Pihak teratas melipat gandakan usaha dengan memorandum, altermatum dan surat peribadi yang diserahkan kepada kerajaan AS. Umat Islam serata dunia juga tidak ketinggalan menunjukkan sokongan padu terhadap penentangan kepada pencerobohan Israel di Gaza melalui perhimpunan dan demonstrasi.
Sedarkah kita bahawa segala usaha ini mungkin tidak akan membawa ke mana-mana kerana kuasa veto masih di tangan mereka? Keadaan inilah yang akan membuatkan kita insaf dan sentiasa memohon pertolongan Yang Maha Esa.
Pemuda IKS pernah terdengar satu Khutbah Solat Jumaat menceritakan peranan seorang insan selaku Khalifah di bumi Allah s.w.t. Dalam Khutbah tersebut menyebut bahawa seorang Khalifah hendaklah membahagiakan dirinya sendiri terlebih dahulu, diikuti kaum keluarga dan sahabat, seterusnya masyarakat setempat mahupun sedunia. Ini adalah konsep terpenting dalam kehidupan tidak mengira bidang kerja dan taraf kedudukan kerana boleh dipraktikkan oleh semua.
Hari ini mari kita persoalkan kedudukan kita selaku seorang Muslim bergelar Khalifah. Apakah sumbangan kita setakat ini kepada Muslimin dan Muslimat di seluruh dunia? Adakah sekadar berdoa mengikut Imam selepas Solat akan menunaikannya? Sejauh mana keikhlasan hati kita terhadap saudara Islam kita?
Oleh itu, Pemuda IKS menyeru kepada semua untuk melakukan Solat Hajat mendoakan kesejahteraan rakyat Palestin. Doakan kebahagiaan mereka di dunia dan di akhirat. Tidak kira samaada anda menunaikan secara berjemaah ataupun berseorangan, luangkan sedikit masa selepas Solat Fardhu untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang Muslim kepada saudaranya.
Bermula dengan satu Solat Fardhu hingga mengamalkannya pada tiap-tiap waktu. Jika kita beramai-ramai melakukannya, nescaya Allah s.w.t. akan mendengarnya kerana Dia Maha Mengasihani dan akan membantu makhluk-Nya yang dalam kesusahan. Insya-Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan