Matlamat penubuhan laman blog ini adalah sebagai medan perkongsian dan perbincangan mengenai isu-isu semasa serta pusat saluran maklumat terkini berkenaan perkembangan pergerakan Pemuda IKS. Setiap ulasan yang dibuat mengenai apa jua topik hendaklah dilaksanakan secara matang dan profesional. Pemuda IKS akan menapis sebarang ulasan yang tidak bernas dan tidak membina untuk menjaga nama baik laman blog ini. Terima kasih di atas kerjasama semua pengunjung.

Peti Suara


11 Januari 2009

Permainan Paintball Pemuda

Tarikh: 11 Januari 2009

Masa: 10.00 pg - 06.30 ptg
Tempat: Bukit Cerakah, Shah Alam
Satu sesi bermain paintball anjuran bersama Pemuda Batu dan Pemuda Titiwangsa telah diadakan bertujuan mengeratkan silaturrahim diantara Pemuda-pemuda di Wilayah Persekutuan.Ketua Pemuda IKS, Fakhrulzaman Fadzil bersama-sama 9 orang AJK Pemuda Batu yang juga merupakan Ketua Pemuda cawangan-cawangan di dalam UMNO Bahagian Batu telah menyertai sesi bermain paintball ini.
Pemuda Batu ada membuat perancangan untuk menjalankan aktiviti bersama Pemuda-pemuda bahagian yang lain di dalam Wilayah Persekutuan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan