Matlamat penubuhan laman blog ini adalah sebagai medan perkongsian dan perbincangan mengenai isu-isu semasa serta pusat saluran maklumat terkini berkenaan perkembangan pergerakan Pemuda IKS. Setiap ulasan yang dibuat mengenai apa jua topik hendaklah dilaksanakan secara matang dan profesional. Pemuda IKS akan menapis sebarang ulasan yang tidak bernas dan tidak membina untuk menjaga nama baik laman blog ini. Terima kasih di atas kerjasama semua pengunjung.

Peti Suara


06 Oktober 2008

Tindakan Hindraf Adalah Hak Demokrasi?

Video di atas adalah kenyataan dan reaksi presiden MIC, Dato' Seri S. Samy Vellu berkenaan tindakan Hindu Rights Action Force (Hindraf) di Majlis Rumah Terbuka Perdana Menteri dan Ahli Kabinet di PWTC pada hari Rabu lepas.
Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek pula telah menyelar kenyataan presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mengkategorikan tindakan Hindraf adalah sebagai hak demokrasi. Tindakan Hindraf adalah bertujuan untuk mendesak pihak kerajaan supaya membebaskan lima pemimpin Hindraf yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada Disember tahun lalu.

Ketua Setiausaha MIC, Datuk Dr. S. Subramaniam juga menggelarkan tindakan Hindraf "menyerbu" majlis rasmi tersebut sebagai bukan budaya orang India di Malaysia. Beliau menyatakan bahawa majlis seumpama itu sepatutnya menjadi medan pertemuan pelbagai bangsa yang meraikan Aidilfitri bersama-sama, bukannya tempat mencetuskan rasa benci terhadap bangsa masing-masing.
Pemuda IKS benar-benar tidak setuju dengan kenyataan ini. Bagaimana tindakan sebiadap ini boleh dikategorikan sebagai hak demokrasi? Jika Hindraf mempunyai apa jua masalah dengan pentadbiran kerajaan hari ini, berurusanlah dengan cara yang betul, bukan dengan mengganggu majlis rasmi sambutan perayaan orang Islam di Malaysia. Kita tidak pula lihat pengikut-pengikut Hindraf ditahan di hadapan Batu Caves tatkala menyambut perayaan Deepavali atau Thaipusam. Pokok pangkalnya adalah soal hormat menghormati antara sesama kita.
Jika presiden parti komponen pembangkang mengeluarkan kenyataan ini demi meraih sokongan dari orang-orang Hindraf, di mana maruah beliau yang sepatutnya membela kepentingan orang-orang melayu Islam di Malaysia? Pemuda IKS berasa pemahaman beliau terhadap soal hak demokrasi itu masih cetek.

1 ulasan:

  1. Satu tindakan yang kurang ajar dan biadap.Bukan mempersoalkan tentang hak demokrasi dan liberal tetapi ianya perlu dilihat dari sudut yang lain kerana ianya dilakukan pada majlis sambutan perayaan orang Islam.Pada saya perbuatan mereka ini dilakukan sengaja atau tidak tanpa memikirkan akibat yang akan terjadi. Pada satu pihak lain saya berpendapat ianya boleh dijadikan sebagai pemangkin untuk meraih populariti. Di sini dapat kita simpulkan betapa daifnya tahap pemikiran pihak pembangkang.

    BalasPadam