"1] Skim Rumah Pertamaku bagi membantu golongan muda yang baru bekerja dan berpendapatan kurang daripada RM3 ribu sebulan bagi memiliki rumah. Melalui skim ini, Cagamas akan menawarkan jaminan Kerajaan ke atas bayaran pendahuluan sebanyak 10 peratus bagi harga rumah di bawah RM220 ribu." - Rembau.net.my
Ini bermakna, orang muda kini boleh mendapatkan pinjaman sehingga 100 peratus tanpa bersusah payah mengeluarkan wang bagi bayaran pendahuluan 10 peratus. Pada masa yang sama, pengecualian duri setem sebanyak 50 peratus juga diberi ke atas transaksi pembelian rumah bernilai bawah RM350 ribu.
Skim ini sejajar dengan dengan cadangan Makmal Pemuda bagi suatu skim khusus untuk membantu orang muda membeli rumah. Sudah pastinya skim seperti ini bukan sahaja membantu kos pembelian tetapi juga dapat meningkatkan pemilikan rumah di kalangan generasi muda yang rata-ratanya ramai masih lagi menyewa kediaman mereka.
Baca selanjutnya...
Peti Suara
20 Oktober 2010
Belanjawan 2011: Skim Rumah Pertamaku
Langgan:
Catatan (Atom)