Matlamat penubuhan laman blog ini adalah sebagai medan perkongsian dan perbincangan mengenai isu-isu semasa serta pusat saluran maklumat terkini berkenaan perkembangan pergerakan Pemuda IKS. Setiap ulasan yang dibuat mengenai apa jua topik hendaklah dilaksanakan secara matang dan profesional. Pemuda IKS akan menapis sebarang ulasan yang tidak bernas dan tidak membina untuk menjaga nama baik laman blog ini. Terima kasih di atas kerjasama semua pengunjung.

Peti Suara


07 Disember 2009

Wajarkah Untuk Mewujudkan Puteri IKS?

(Sori sebab lame x menulis)

"Aaaahhh...malas aku nak melayannya nanti" - inilah ungkapan yang biasa keluar dari mulut rakan-rakan dalam kelumpuk Pemuda IKS apabila soalan isu penubuhan Puteri IKS ini diutarakan. Mungkin mereka sudah menganggap golongan Puteri ini bakal menyusahkan ataupun mereka takut kedudukan Pemuda IKS tergugat?

Sudah tentu mereka melihat apa yang berlaku di sekeliling mereka (UMNO Batu). Penubuhan puteri nampaknya akan memeriahkan dan mengaktifkan lagi sesebuah cawangan namun tetap ada kontranya.

Bukankah lebih berseri lagi apabila cawangan kita dipenuhi anak-anak gadis yang muda? "Tang tu je la bes kot..." Namun Pemuda IKS tetap merasakan kewujudan Puteri IKS akan menghuru harakan keadaan (Puteri, jangan marah, nanti cepat berkedut). Keadaan yang dimaksudkan adalah dari segi pengurusan.

Selama ini, ada juga ahli Pemuda IKS sendiri yang mencadangkan penubuhan Puteri IKS, namun kita harus juga mengukur tahap sambutan, penyertaan dan keberkesanan penubuhan tersebut. Ahli-ahlinya juga perlu berwawasan dan bermotivasi.

Kalau syok-syok tubuhkan puteri, tetapi tidak mendapat sambutan dan pergerakan terbantut, baik tak payah kot.

Tetapi jika menubuhkan Puteri IKS akan sedikit sebanyak membantu membangunkan masyarakat setempat serta mampu mengihindarkan anak-anak gadis daripada gejala tidak senonoh, apa salahnya? Pemuda IKS akan menyokong penuh penubuhannya, malah bergerak seiring dalam apa jua program dan aktiviti.

5 ulasan:

  1. eh, apsal pula? kalau dh ada pemuda kan elok ada puteri?=)

    BalasPadam
  2. huhu~ sudah tentu doc. tp nk tgk implikasi dan applicable or not applicable within our org.

    BalasPadam
  3. Saya berpendapat sayap Puteri belum lagi diperlukan di IKS. Sekiranya Puteri hendak ditubuhkan, saya, secara peribadi mahu melihat ianya dibawa oleh seorang ketua dan barisan pengurusan yang bertanggungjawab, kreatif, inovatif serta sanggup menjadi kuli kepada ahli2nya.

    Memahami akan tanggungjawab yang bakal dibawa dan faham apa itu perjuangan.Bukannya sekadar mengisi tempat kosong!

    Terima kasih

    Memperkasa Generasi Baru

    BalasPadam
  4. Salam Pemuda IKS,

    Saya merasakan kewujudan PU3 Caw perlu dan secara ikhlas saya merasakan di dlm sebuah organisasi politik kita perlukan penglibatan dari semua golongan baik dari peringkat umur, jantina, latar belakang dan sebagainya untuk memberi kekuatan politik pada kita.

    Saya selalu mengatakan bahawasanya di dalam setiap diri manusia mempunyai kelebihan dan kekuatan masing-masing yg boleh diekploit utk ke arah kebaikan. Oleh itu tidak salah kita mencuba mengwujudkan PU3 UMNO Caw dari kita tidak membuat apa2 atau menyalahkan diri kita pada kemudian hari....sekurang2nya imej Caw IKS yg diketuai oleh Datuk Hj Ramlan Salleh itu lebih kemad dan tersusun dgn penubuhan Pu3 dengan langkah pro-aktif di ambil dan akan memberi impak & signifikasi terhadap Cawangan itu sendiri.

    Apa-apa itu, ini hnyalah pandang ikhlas dan jujur dari saya untuk para Sahabat Pemuda IKS renung dan fikirkan bersama...Sekian.

    Gulam Muszaffar

    BalasPadam
  5. Secara keseluruhannya kita perlu lihat dari banyak sudut dan keperluan Puteri dalam cawangan IKS..

    BalasPadam