Matlamat penubuhan laman blog ini adalah sebagai medan perkongsian dan perbincangan mengenai isu-isu semasa serta pusat saluran maklumat terkini berkenaan perkembangan pergerakan Pemuda IKS. Setiap ulasan yang dibuat mengenai apa jua topik hendaklah dilaksanakan secara matang dan profesional. Pemuda IKS akan menapis sebarang ulasan yang tidak bernas dan tidak membina untuk menjaga nama baik laman blog ini. Terima kasih di atas kerjasama semua pengunjung.

Peti Suara


27 November 2009

Salam Aidil Adha 1430H

Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha diucapkan kepada semua muslimin dan muslimat di seluruh Malaysia. Semoga kita mendapat berkat dari-Nya di atas ibadah Qurban dan Haji yang kita tunaikan. Kepada yang pulang ke kampung halaman, berhati-hati di jalan raya. Ingatlah pada orang yang tersayang.

Pemuda IKS akan menyertai Program Ibadah Qurban bersama UMNO Bahagian Batu seperti butiran berikut:

Tarikh: 29 November 2009 (Ahad)
Masa: 8.00 pagi
Tempat: Perkarangan Pejabat UMNO Bahagian Batu

Seluruh warga kota kawasan Parlimen Batu dijemput hadir.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan