Matlamat penubuhan laman blog ini adalah sebagai medan perkongsian dan perbincangan mengenai isu-isu semasa serta pusat saluran maklumat terkini berkenaan perkembangan pergerakan Pemuda IKS. Setiap ulasan yang dibuat mengenai apa jua topik hendaklah dilaksanakan secara matang dan profesional. Pemuda IKS akan menapis sebarang ulasan yang tidak bernas dan tidak membina untuk menjaga nama baik laman blog ini. Terima kasih di atas kerjasama semua pengunjung.

Peti Suara


21 Oktober 2009

Kenduri Doa Selamat Datuk Ramlan Salleh

Tarikh: 22 Oktober 2009 (Khamis)
Masa: 9.00 malam
Tempat: Desa Pinggiran Putra, Putrajaya

Datuk Ramlan Salleh, Ketua UMNO Cawangan Taman IKS, merangkap Timbalan Ketua UMNO Bahagian Batu akan mengadakan satu kenduri do selamat sempena memanjatkan kesyukuran ke atas pencapaian beliau serta mendoakan keselamatan beliau pergi dan pulang menunaikan Fardhu Haji pada tahun ini. Seluruh warga Pemuda IKS dijemput hadir.

1 ulasan:

  1. Hampir 4 hari sudah Chief berlayar ke tanah suci Mekah... mengerjakan ibadah Haji... Sama-sama lah kita berdoa semoga beliau selamat pergi dan pulang serta mendapat rahmat dari haji ini...

    Aku rasa Chief mmg doakan untuk kesejahteraan kita supaya kita tidak menyimpang dan sesat jalan..

    Bak kata Pak Long 'Sheikh' - "jangan hilang PEDOMAN sudah".

    BalasPadam