Matlamat penubuhan laman blog ini adalah sebagai medan perkongsian dan perbincangan mengenai isu-isu semasa serta pusat saluran maklumat terkini berkenaan perkembangan pergerakan Pemuda IKS. Setiap ulasan yang dibuat mengenai apa jua topik hendaklah dilaksanakan secara matang dan profesional. Pemuda IKS akan menapis sebarang ulasan yang tidak bernas dan tidak membina untuk menjaga nama baik laman blog ini. Terima kasih di atas kerjasama semua pengunjung.

Peti Suara


26 Oktober 2009

Kempen DAFTAR & UNDI - Berdaftarlah Dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)

Mesti semua orang tahu pasal kes YB Tian Chua (Ahli Parlimen Batu) gigit polis suatu ketika dahulu. Keputusan kes dah dapat. Kalau beliau hilang kelayakan sebagai seorang Ahli Parlimen, kita akan menyaksikan satu lagi Pilihan Raya Kecil untuk tahun 2009.

Itu pun kalau jadilah. Kalau rayuan beliau diterima, dan beliau masih layak untuk memegang jawatan dalam Parlimen, kita tunggu sahaja penggal seterusnya (PRU-13) untuk berentap kembali.

Pemuda IKS tak nak memperbesarkan isu-isu yang pelik-pelik ni sepertimana yang sering digunapakai oleh pihak pembangkang untuk mendapatkan sokongan. Dah dia nak gigit, kita nak buat macam mana?

Kita berbalik kepada asas perjuangan kita. Tak payah pergi jauh-jauh. Nak buat apa pun, buat penat dan pening sahaja nanti. Macam tak percaya pulak. Ada juga golongan belia yang sudah layak untuk pergi mengundi, tapi masih belum berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Memang benar bahawa mengundi itu adalah hak individu. Tapi sekurang-kurangnya, jalankanlah tanggungjawab anda sebagai Rakyat Malaysia. Sebab itu adalah penentu masa depan kita, 1Malaysia.

Tanya diri sendiri, apa sumbangan kita terhadap negara kita, Malaysia? Anda main badminton? Anda perwakilan antarabangsa ke konvensyen di Geneva? Anda angkasawan negara?

Kalau bukan, sedarlah sikit diri itu siapa. Kalau mintak itu, mintak ini kat kerajaan anda memang paling terer. Mengundi tak nak pergi. KELUAR KAU PERGI MENGUNDI! Tapi tiada paksaan dalam hal ini. Suka hatilah Labu, ikut kau lah nak buat macam mana.

Apa kata kita berkorban sedikit demi negara yang tercinta (lagu Sejahtera Malaysia bergema).

Jadi di kesempatan ini, Pemuda IKS ingin menyeru kepada semua golongan belia tidak mengira jantina dan kerjaya. Berdaftarlah sebagai seorang pengundi yang sah. Terutamanya mereka yang berada di kasawan Parlimen Batu. Kalau yang kerja merantau tu, pulanglah ke kasawan Batu.

Nak berdaftar pun tak susah. Bagi IC sahaja dah cukup. Pandailah orang SPR tu ejas. Oleh itu, sempena kempen Pemuda IKS menggesa golongan belia berdaftar dengan SPR, Pemuda IKS akan menggembeling tenaga bersama-sama barisan Pemuda Batu untuk pergi ke kawasan perumahan dalam Parlimen Batu agar proses pendaftaran dapat dipermudahkan dan dipercepatkan.

Ada alasan lain untuk tidak mendaftar? Selalunya kena pergi ke pejabat pos. Sekarang ni kitorang nak datang kepada anda. Kan menyenangkan tu. Tapi kalau dah daftar, tak keluar mengundi, tak guna juga. Dah lah, letihlah ulang benda sama. Lu pikirlah sendiri!

Persoalan sekarang, kalaulah jadi Pilihan Raya Kecil P.115 Batu tahun ni, siapa agaknya calon dari Barisan Nasional? Lim Si Pin ataupun ada orang lain? Kita tunggu dan lihat.

2 ulasan:

  1. BERDAFTAR SEGERA DGN SPR, AGAR BOLE MENGUNDI DI MASA HADAPAN. KEPADA GOLONGAN BELIA, UNDIAN ANDA DIAMBIL KIRA KERANA KITE ADALAH GENERASI MUDA & BARU. SIAPA LG YG AKAN MENGUNDI KALO BKN GENERASI 'NEW EDGE' INI. MARI LAR MENGUNDI. PASTIKAN ANDA MENGUNDI.

    BalasPadam
  2. Hmmm... minta semua ketua-ketua dah boleh mula mengumpul ahli-ahli di luar sana dan bolehlah daftarkan mereka...

    Harap ketua-ketua ini kretif untuk bawa pihak SPR ke bahagian atau cawangan bagi memudahkan mereka-mereka ini mendaftar pemilih...

    BalasPadam