Matlamat penubuhan laman blog ini adalah sebagai medan perkongsian dan perbincangan mengenai isu-isu semasa serta pusat saluran maklumat terkini berkenaan perkembangan pergerakan Pemuda IKS. Setiap ulasan yang dibuat mengenai apa jua topik hendaklah dilaksanakan secara matang dan profesional. Pemuda IKS akan menapis sebarang ulasan yang tidak bernas dan tidak membina untuk menjaga nama baik laman blog ini. Terima kasih di atas kerjasama semua pengunjung.

Peti Suara


14 Mei 2009

Rumusan Ucapan Presiden UMNO Malaysia

Berikut adalah antara beberapa rumusan yang diperolehi daripada teks ucapan Presiden UMNO Malaysia, Dato' Sri Najib Tun Razak tempoh hari:

1. Ulangan terhadap peringatan kepada ahli UMNO supaya jangan dibuai oleh nostalgia. UMNO perlu berani berubah demi kepentingan Agama, Bangsa & Negara dan terus relevan dengan keadaan semasa.

2. Generasi pasca Kemerdekaan perlu menghayati kisah perjuangan UMNO dan Parti Perikatan serta bersyukur di atas nikmat kurniaan daripada Allah Ta'ala kepada generasi ini yang tidak datang bergolek tetapi diusahakan oleh pejuang-pejuang UMNO.

3. Dasar '1Malaysia' sebenarnya telah lama dipraktikkan melalui Parti Perikatan kemudian bertukar menjadi Barisan Nasional. Dasar ini akan senantiasa diperbaharui dan menjadi tunjang pembangunan serta kekuatan Malaysia kelak.

2 ulasan:

  1. Mari kita utamakan Islam sejati dalam segala hal usah lagi pelbagai kaum jadikan alasan.

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama21 Mei, 2009

    Agama Islam teras kemakmuran dan keteguhan bagi Rakyat Malaysia.
    Kalau kita senantiasa mengikut kehendak kaum lain lama kelamaan Islam dan melayu akan tergadai.
    Jangan takut nak menegakkan Islam dalam pentabiran kerana dalam Islam itu telah diketahui sempurna dari zaman Rasulullah S.A.W lagi.
    Ape tunggu lagi? Lagi lama nak berdolak dalih tentang Islam dalam keseluruhan pentabiran kerajaan lagi cepatnye hilang maruah dan kuasa orang Islam dan melayu di bumi Malaysia ini!

    BalasPadam