Matlamat penubuhan laman blog ini adalah sebagai medan perkongsian dan perbincangan mengenai isu-isu semasa serta pusat saluran maklumat terkini berkenaan perkembangan pergerakan Pemuda IKS. Setiap ulasan yang dibuat mengenai apa jua topik hendaklah dilaksanakan secara matang dan profesional. Pemuda IKS akan menapis sebarang ulasan yang tidak bernas dan tidak membina untuk menjaga nama baik laman blog ini. Terima kasih di atas kerjasama semua pengunjung.

Peti Suara


22 Mei 2009

Rakyat Perak: Menang Di Negeri Tak Bermakna Menang Di Hati

Alhamdulillah. Dengan keputusan rasmi Mahkamah Rayuan terhadap kes MB Perak, negeri Darul Ridzuan kini kembali ke tangan Kerajaan BN. Bermacam-macam pergolakan yang berlaku dari mula proses peralihan sehinggalah ke peringkat penentuan ini. Para blogger yang budiman turut tidak ketinggalan memberi pandangan, pendapat dan spekulasi.

Apa yang dikhuatiri adalah, adakah rakyat negeri Perak menerima keputusan ini dengan sebulat suara? Macam biasa, Pemuda IKS turun membuat kutipan suara. Kebanyakan di antara mereka yang berasal dari Perak dan kini menetap di KL menyatakan rasa tidak puas hati terhadap Dr. Zambry sebagai MB Perak yang sah. Mereka mendakwa ini semua adalah "wayang" 1Malaysia. Rata-rata mereka ini masih mengundi di Perak.

Mulanya, tiga ADUN lompat keluar parti dan membuatkan BN mendapat majoriti mudah. Kemudian, selepas pelbagai huru hara dalam arena politik negeri Perak, Mahkamah Tinggi mengisytiharkan Ir. Nizar selaku MB Perak yang sah. Kini, selepas rayuan dibuat, Mahkamah Rayuan memberi keputusan yang berpihak kepada Kerajaan BN.

Ada yang mengatakan, semasa Ir. Nizar diumumkan selaku MB Perak yang sah, media banyak menekankan tentang ketelusan keputusan mahkamah sekaligus mencerminkan fungsi sistem perundangan yang baik. Namun, jika dalam masa beberapa minggu sahaja, keputusan beralih dari ketentuan asalnya. Apa reaksi utama rakyat? "Nie semue wayang la nie..."

Tetapi kita perlu akur dengan keputusan mahkamah. Penggubal undang-undang yang berada dalam institusi ini bukanlah di kalangan mereka yang dungu dan alpa. Sudah pasti perkara ini telah diteliti sebaiknya sebelum diumumkan. Ini adalah cabaran kepada Kerajaan BN, cabaran untuk memenangi hati rakyat.

Jika PKR di Selangor mahu "Merakyatkan Ekonomi Negeri", Perak perlu ada satu major rebranding agar kita tidak dinyahkan pada PRU-13 akan datang. Pemuda UMNO perlu bekerja keras untuk penggal ini kerana kedudukan UMNO hari ini semakin goyah dimakan tentangan hebat. Fikirkan bersama, kita memenangi kerusi kerajaan di negeri tidak bermakna kita memenangi hati rakyat di negeri itu.

1 ulasan:

  1. Pos yang menarik.

    Akan terbit semula di laman berita di http://mylivingwall.com dan paut semula ke blog ini.

    Teruskan berblog.

    http://mylivingwall.com

    BalasPadam