Barisan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Batu telah menganjurkan satu Kursus Asas Perniagaan pada 09 Mei 2009 (Sabtu) bertempat di Pusat Komuniti MAKPEM, Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur. Kursus ini disertai oleh usahawan-usahawan tempatan di sekitar kawasan Parlimen Batu.
Di antara penceramah jemputan adalah Saudara Shuhaimi Shahdan, Ketua Pemuda Selayang yang merupakan seorang yang berpengalaman di dalam bidang perniagaan. Beliau berkongsi pengalaman dan pengetahuan tentang selok belok asas perniagaan. Banyak yang dapat dipelajari oleh para peserta hasil perkongsian tersebut.
Majlis turut dimeriahkan oleh barisan kepimpinan Pemuda Batu dan UMNO Bahagian Batu. Turut hadir adalah barisan kepimpinan Pemuda Wilayah yang diketuai oleh Saudara Rizalman Datuk Mokhtar. Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir telah menyempurnakan kursus tersebut dengan merasmikan penutupan majlis tersebut. Jutaan terima kasih diucapkan kepada beliau dan barisan Pemuda Wilayah yang sudi hadir.
Barisan Pemuda Wilayah yang hadir menampakkan bahawa Pemuda Batu kini menjadi tumpuan untuk aktiviti dan program Pemuda UMNO. Moga perhatian yang diberi ini akan membuatkan barisan Pemuda Batu untuk lebih bersemangat berkerja dalam bidang kemasyarakatan. Berharap kita dapat mengambil peluang ini sebaik mungkin untuk menimba pengalaman dan memantapkan lagi intipati perjuangan Pemuda UMNO.

Tak jemput KJ ker? Hehe...
BalasPadamAllah Maha Besar. Semoga Allah bongkarkan segala kebenaran dan mengangkat pemimpin di kalangan ulama tulen....Setelah lenyap Kementerian Usahawan orang lain iaitu anak perlaksana PPSMI pula ingin menguruskan hal usahawan bagaimana pula dengan Bahasa Melayu sendiri sudah terurus rapikah? Bukankah jika bahasa sendiri berkembang maka ekonomi bangsa juga turut berkembang? Semoga mereka yang betul amanah mendapat ruang di hati rakyat ya Allah.
BalasPadamtak bergambar ngan Datuk Mukhriz Mahathir
BalasPadamwaduh.. waduh.. sgt bererti program seperti ini. Tahniah Pemuda UMNO Bahagian Batu kerana dapat menganjur satu program yang dapat membuka peluang atau mendedahkan anak watan untuk menceburi bidang perniagaan..
BalasPadamSILA LA KUNJUNGI BLOG SAYA
BalasPadamhttp://kampungdelima.blogspot.com/
Sy rasa bukan x ajak saudara KJ rasmi, tapi mungkin kursus ini lebih molek dirasmikan oleh Mukhriz memandangkan beliau tim. menteri MITI..
BalasPadamDiharap para usahawan atau bakal usahawan muda dapat manfaat dari kursus ini..