Selamat menyambut Hari Wilayah Persekutuan diucapkan kepada semua warga kota Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Semoga tahun 2009 akan membawa kebahagiaan kepada seluruh penghuni Wilayah Persekutuan. Memandangkan esok diisytiharkan hari bercuti untuk para buruh yang bekerja di Wilayah Persekutuan, Pemuda IKS ingin mengingatkan pada semua agar berhati-hati dalam setiap pekerjaan yang dilaksanakan. Samaada pulang ke kampung halaman, bercuti di tempat peranginan mahupun duduk berehat di rumah sahaja. hendaklah sentiasa menjaga keselamatan diri. Jangan lupa juga untuk bersyukur ke hadrat Ilahi di atas pencapaian kita hari ini dan ingatlah bahawa masih ada yang kurang bernasib baik berbanding dengan situasi dan kedudukan kita.
Pada hari Jumaat yang lalu, Pemuda IKS pergi menunaikan Solat Jumaat di Masjid Asy-Syakirin, KLCC dan tersentuh dengan isi kandungan khutbah yang disampaikan. Tajuk khutbah minggu ini adalah "Manusia dan Kemanusiaan". Imam yang menyampaikannya sentiasa mengingatkan kita agar memperkukuhkan keimanan kita pada yang Maha Esa, memantapkan ibadah dan sentiasa bersyukur. Imam tersebut turut menambah, sempena tanggal Hari Wilayah Persekutuan yang bakal tiba, rakyat Malaysia khususnya warga Wilayah Persekutuan harus sentiasa mengukuhkan perpaduan untuk mencapai keamanan sejagat.
Soal kemanusiaan di antara manusia juga dititikberatkan agar kita tidak memusuhi serta menzalimi diri sesama manusia yang bertindak selaku makhluk Allah yang kerdil. Jika kita mangambil contoh perbalahan Palestin-Israel, mereka yang pada asalnya datang dari satu bangsa yang sama telah berpecah belah dek kerana perebutan kuasa. Fahaman keagamaan turut mempengaruhi kepincangan perpaduan di antara mereka. Bagaiman pihak Yahudi yang hanya wujud dalam sebilangan kecil di Bumi ini dapat menjadi satu kuasa yang cukup kuat? Ini kerana mereka (Yahudi) sentiasa bersatu tidak kira di mana mereka berada.
Bagaimana pula dengan umat Islam? Mengapa kita hari ini hanya dapat menyaksikan perpecahan di kalangan saudara seIslam kita dek kerana berasal dari bangsa yang berbeza? Perbalahan diantara kaum-kaum Arab di Timur Tengah sudah cukup untuk membuktikan perpecahan umat Islam di akhir zaman. Mengapa kita tidak dapat bersatu? Faktor ekonomi, sosial atau politik? Terpulanglah kepada pemimpin-pemimpin Islam untuk menentukannya.
Menyentuh soal perpecahan, terdetik pula kisah-kisah dalaman UMNO di peringkat akar umbi. Dek kerana perebutan jawatan, sanggup bermasam muka dan tidak bertegur sapa. Ini belum lagi disentuh soal dendam dan iri hati. Pelbagai kaedah akan digunakan untuk menjatuhkan seseorang. Sedarkah mereka bahawa perbalahan kecil-kecilan seperti ini yang akan memusnahkan UMNO dari dalam. Pemuda IKS berharap agar para pemimpin akan dapat menyelesaikan masalah yang semakin serius ini.
Ada juga diantara ahli UMNO yang berjawatan masih tidak mahu melepaskan jawatan yang disandang sekian lama walaupun sifat kepimpinan beliau sudah menampakkan cacat cela. Ada yang sudah melabelkan pemimpin sebegini sebagai liabiliti dalam UMNO. Yang paling pelik, beliau turut menang tanpa bertanding dalam musim pemilihan kerana tiada seorang pun yang tampil memberi saingan. Adakah soal setiakawan? Adakah anda tidak berani kerana si penyandang terlalu "kuat"? Sampai bila harus kita tunggu untuk si penyandang "mengalah"?
Ramai mengatakan UMNO memerlukan wajah baru, peremajaan semula dan perubahan. Sebelum kita mahu di peringkat atas melaksanakan semua ini, kita di peringkat akar umbi perlu memulakannya dahulu. Bagaimana untuk mengetahui jika UMNO di tempat anda memerlukan perubahan? Mudah saja. Lihat saja PRU-12. Jika BN kawasan anda kalah, faham-faham sendiri sahajalah.
Ya, selamat hari Wilayah. Umat islam mesti bersatu untuk menuju kemenangan.
BalasPadamWahai saudaraku.
BalasPadamDi atas kalimah Lailahaillallah Muhamadulrasulullah.
Saya sebagai hamba allah menyampaikan seruan Allah dan RasulNya.
"Bukanlah dari kami orang-orang yang menyeru kepada assabiyyah, berperang atas dasar assabiyyah dan mati kerana (mempertahankan) assabiyyah" [HR Abu Daud].
Ya saudaraku...
Kembalilah ke jalan Islam dan memperjuangkan Islam bukan atas dasar memperjuangkan Assabiyah iaitu bangsa.
Rasulullah SAW telah mengkabarkannya kepada seluruh manusia bahawa bukanlah dari umat Muhammad jika mereka memperjuangkan bangsa.
Adakah kita hanya mengamalkan ajaran Islam separuh masa dan separuh lagi kita meninggalkannya...???
Allah SWB berfirman :
" Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu " (Al-Baqarah(2):208)
Bersatulah saudaraku dengan kalimah Lailahaillallah Muhamadulrasulullah…!!!
Bersatulah kita di bawah panji kebesaran Islam…!!!
Ingatlah wahai saudaraku...
Sekecil kecil dan sebesar-besar amalan di dunia akan di hitung di akhirat kelak.
MAMPUKAH KITA MENJAWABNYA APABILA KITA BERDEPAN DENGAN ALLAH SWT KELAK...???
Ya Allah, aku telah jalankan perintahmu…
Selamat menyambut Hari Wilayah 2009 kepada pemuda-pemuda IKS dan pembaca blog ini. Semoga perjuangan kita akan diberkati ALLAH SWT hendaknya... Marilah kita bersama-sama berganding bahu dan curahkan bakti pada agama, bangsa dan negara kita... Sekian, terima kasih.
BalasPadam