Matlamat penubuhan laman blog ini adalah sebagai medan perkongsian dan perbincangan mengenai isu-isu semasa serta pusat saluran maklumat terkini berkenaan perkembangan pergerakan Pemuda IKS. Setiap ulasan yang dibuat mengenai apa jua topik hendaklah dilaksanakan secara matang dan profesional. Pemuda IKS akan menapis sebarang ulasan yang tidak bernas dan tidak membina untuk menjaga nama baik laman blog ini. Terima kasih di atas kerjasama semua pengunjung.

Peti Suara


06 Februari 2009

Kerajaan Baru Perak: Teori Konspirasi?

Banyak blog sosio-politik mengupas isu kerajaan baru negeri Perak. Bermacam-macam spekulasi, pendapat dan luahan dapat dibaca di pelbagai laman blog. Sekarang, giliran Pemuda IKS nak test market.
Barisan Nasional (BN) hari ini secara rasmi mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri Perak daripada Pakatan Rakyat apabila Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Pangkor Datuk Dr Zambry Abdul Kadir mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar yang baru.
Zambry, 47, adalah bekas anggota exco kerajaan negeri selama satu penggal dari tahun 2004 hingga 2008 sebelum Perak jatuh kepada Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum Mac tahun lepas. Beliau merupakan Menteri Besar Perak ke-11.
Zambry lulusan ijazah doktor falsafah dari Temple University Amerika Syarikat dalam bidang politik kontemporari, merupakan seorang penulis yang aktif dan ahli politik pertama negara diberikan tauliah sebagai Leftenan Komander Kehormat Tentera Diraja Laut Malaysia (TLDM).
Locengwangsa mempersoalkan kewibawaan beliau dan melihatkan beliau sebagai klon Anwar. Seperti biasa, blog yang pro-UMNO bersorak bagai nak rak, blog yang anti-UMNO membantah selagi boleh. Macam-macam cerita dalam pergolakan politik nasional hari ini. Ada yang ingkar titah Sultan, ada yang nak kumpul peguam untuk kaji semula dan ada pula yang nak saman kerajaan BN.
Bermula dengan kes transfer ADUN Bota ke PKR, lepas tu patah balik. Timbul pula cerita ADUN-ADUN dari PKR yang letak jawatan. Lepas tu cancel jugak, tapi ada yang confirm. Pagi-pagi pergi kerja mesti terdengar cerita ADUN di stesen radio tempatan. Mula-mula dengar, macam mengujakan, tapi kalau disajikan dengan cerita ADUN setiap pagi, mual juga akhirnya.
Kebimbangan Pemuda IKS hari ini berkisar pada kaedah dan pelaksanaan Kerajaan BN untuk menawan semula Negeri Perak Darul Ridzuan. Menang memang tetap menang. Tetapi adakah kemenangan kita itu kemenangan yang gemilang? Menang bermaruah? Atau kemenangan kita tidak disukai dan tidak dihormati rakyat negeri tersebut?
Sukar untuk membuat spekulasi apabila sudah sampai ke tahap ini memandangkan Pemuda IKS cuma sebuah organisasi tempatan yang kecil dan menitikberatkan kepentingan penduduk setempat sebagai titik fokus perjuangan. Ada yang akan bersetuju dan ada yang akan membantah pendapat Pemuda IKS ini. Akan tetapi Pemuda IKS masih boleh melontarkan pendapat tersendiri memandangkan hak kebebasan bersuara semakin diperluaskan di alam maya ini.
Macam-macam cerita boleh didengari bermula dari rumah, ke pejabat, ke kedai kopi, mahupun di tepi jalan. Pungutan suara yang diteliti oleh Pemuda IKS menampakkan rata-rata rakyat Malaysia semakin jelik dengan tindakan kerajaan BN. Tambahan pula dengan kerajaan negeri Perak yang baru ini, semakin ramai mengkritik, mempersoalkan, dan meragui kepimpinan kerajaan BN. Yang kekal menyokong kerajaan BN cuma ahli-ahli parti komponennya, khususnya orang-orang UMNO. Bagaimana pula dengan pihak masyarakat umum?
Apa yang paling dirisaukan oleh Pemuda IKS, jika kaedah sebegini berterusan, bak kata orang putih, "One down, four more to go.", kerajaan BN akan terus berusaha keras untuk merampas kembali negeri-negeri yang ditawan pihak pembangkang. Rakyat mungkin akan terus mengecam barisan kepimpinan kerajaan BN di atas segala "usaha" yang dijalankan. Jika ini adalah di antara persediaan kerajaan BN menjelang PRU-13, bolehkah kerajaan BN kembali bertahta?

7 ulasan:

  1. Banyak lagi duit negara, boleh beli ADUN lagi, tiga ekor RM50Juta. Tunggu PRU13 satu kerusi pun tiada utk BN. Selamat

    BalasPadam
  2. Salam....
    Dari apa yang gagak tengok, sebenarnya pemimpin lupa tanggungjawab mereka untuk membina negara dan menjamin kehidupan generasi muda..Kalau setakat menang tapi tidak buat apa-apa lebih baik kalah tapi berwawasan dan sentiasa melahirkan idea-idea yang bernas dan baru untuk negara dan generasi muda..
    Satu lagi.. selaku parti pemerintah kita perlu jaga maruah.. hari ini ramai cakap antara pemerintah dengan pembangkang sama saja 2x5, 5x2..
    Kami berdoa akan ada pemimpin muda yang muncul dengan sikap dan gaya politik yang baru...Harap pemimpin itu dari UMNO bukan PKR..

    BalasPadam
  3. Cheh, aku ingatkan Pemuda IKS tak sependapat dengan aku. Aku sayang UMNO. Tapi sayang, UMNO semakin hanyut. Terpulang kepada generasi muda zaman kini untuk merubah nasib UMNO.

    BalasPadam
  4. Bukan ke DSAI nak 'takeover' negara dengan cara macam ni..janganla cepat melatah..status ADUN masih kekal, yg lucut hanyalah jawatan MB sahaja..masih boleh berkhidmat kepada rakyat lagi..lagipun DYMM Sultan Perak adalah bekas Ketua Hakim Negara,Baginda Tuanku cukup arif dengan undang - undang ni.

    BalasPadam
  5. Mesra Sokmo, tak perlu membuat apa-apa tuduhan mahupun andaian tidak berasas tanpa usul periksa terhadap kerajaan BN.

    Syeikh Al-Hafiz, Pemuda IKS bersetuju dengan saudara. Belum tentu kisah hari ini adalah penentu masa hadapan. Kerajaan BN masih berpeluang untuk meraih kemenangan dalam PRU-13.

    Gagak, benar kata saudara. Kemenangan perlu disusuli dengan tindakan yang akan merubah keadaan kepada yang lebih baik.

    Tukang Sapu, kadangkala kita perlu meneliti setiap pendapat sebelum memilih kedudukan kita dalam sesebuah isu.

    Emperor Han, status ADUN masih dikekalkan cuma yang "berkuasa" telah berubah dan itu adalah di antara perkara yang membuatkan pihak pembangkang tidak berpuas hati. Kita sepatutnya akur dengan titah Sultan, jangan derhaka.

    BalasPadam
  6. Kawan amat setuju dengan tindakan BN mengambil alih kerajaan Perak melalui jalan belakang biar pun nampak agak tidak bermoral tetapi ia telah menutup anwar yang sebelum ini canang ke hulu hilir pancing kurang lebih 30 ahli parlimen BN. Ini menunjukkan BN bukan bodoh seperti mana yang dianggap oleh DSAI. Cuma satu kawan berharap selepas ini kalau nak ambil alih kerajaan perlu dilakukan dengan cara yang lebih bermaruah.

    BalasPadam