Matlamat penubuhan laman blog ini adalah sebagai medan perkongsian dan perbincangan mengenai isu-isu semasa serta pusat saluran maklumat terkini berkenaan perkembangan pergerakan Pemuda IKS. Setiap ulasan yang dibuat mengenai apa jua topik hendaklah dilaksanakan secara matang dan profesional. Pemuda IKS akan menapis sebarang ulasan yang tidak bernas dan tidak membina untuk menjaga nama baik laman blog ini. Terima kasih di atas kerjasama semua pengunjung.

Peti Suara


21 Februari 2009

Aktiviti Petang Hujung Minggu Pemuda IKS

Salam perjuangan kepada semua ahli Pemuda IKS. Dewan Komuniti Taman IKS kini dilengkapi dengan peralatan permainan pingpong, carrom, catur dan papan dart yang baru. Semua ahli-ahli Pemuda IKS dijemput untuk menyertai aktiviti petang (4.00 ptg - 7.00 ptg) di hujung minggu (Sabtu & Ahad). Pemuda IKS turut mengalukan jika ahli-ahli mempunyai peralatan persendirian yang ingin dibawa sekali.
Cadangan untuk aktiviti petang di hujung minggu adalah dari Ketua Pemuda IKS, Saudara Fakhrulzaman Fadzil. Setelah berbincang dengan para AJK Pemuda IKS, ramai bersetuju untuk meneruskan aktiviti ini. Beliau berpendapat, adalah lebih baik untuk mengadakan aktiviti sebegini daripada duduk berbual-bual di kedai kopi pada petang hari, terutamanya di hujung minggu.
Matlamat jangka masa panjang beliau adalah untuk mengadakan pertandingan permainan-permainan yang disebutkan di atas di kalangan penduduk setempat. Tentu mendapat perhatian dan penglibatan golongan senior di kawasan perumahan berdekatan.
P.S.: Jangan korang jahanamkan barang-barang nie dah la.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan