Satu Program Pembentukan Jatidiri dan Personaliti Diri anjuran Jabatan Komuniti & Sosial DBKL akan diadakan pada 27 Februari 2009 hingga 1 Mac 2009 bertempat di Glory Beach Resort, Pulau Pangkor.
Biro Pembangunan & Pemantapan Belia Pemuda Batu akan mengelola dan diberi mandat oleh pihak DBKL untuk mencari peserta yang berminat untuk menyertai program yang disebutkan di atas. Menurut pengerusi biro tersebut, Saudara Gulam Muszaffar, setakat ini seramai 29 orang belia/pemuda dari kalangan Pemuda Cawangan telah menghantar peserta dan dijangka akan meningkat dalam sehari dua lagi walaupun kuota yang diperuntukkan hanya sebanyak 15 orang sahaja.
Ini menunjukkan kita tidak ketandusan belia/pemuda yang berminat dengan aktiviti kelolaan Pemuda UMNO di peringkat cawangan dan ini adalah petanda baik hasil pendekatan yang diilhamkan oleh Saudara Azniee Abdullah - Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Batu. Beliau turut percaya bahawa golongan belia/pemuda akan lebih dekat dan seterusnya berminat dengan UMNO jika pendekatan yang sesuai digunapakai. Insya-Allah.
Di sebalik kelantangan Datuk Mukhriz Mahathir maka Anak Bapak terletak suatu hipokrasi yang melampau, terutamanya dalam isu sensitif politik wang. Memang tidak dinafikan, kata-kata dari perwakilan menyatakan bahawa daripada tiga calon Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Mukhriz lah yang paling kurang menggunakan wang. Kadang-kala duit minyak pun tak diberi. Semuanya dengan harapan bahawa salah satu atau kedua-dua Khir Toyo dan Khairy Jamaluddin akan 'sangkut' dan Mukhriz menang free.
BalasPadamNamun, kini selepas gelombang SPRM yang rakus campurtangan dalam isu dalaman UMNO mulai reda, Mukhriz sudah mula panik. Kerana dengan tinggal hanya enam minggu sahaja lagi sebelum Persidangan di PWTC, Mukhriz ketinggalan jauh dari dua calon yang lain, dan dalam keadaan kelam-kabutnya, Mukhriz sudah mula 'tabur' jumlah tinggi.
Minggu lepas misalnya, Mukhriz memberi RM15 ribu kepada 5 orang anggota jenteranya di Johor diketuai oleh KP Simpang Renggam Oya. Perwakilan Melaka pula ditampar RM200 seorang. Di Kelantan, pemberian wang dikendalikan oleh bekas NKP Kuala Pilah Nafiz yang tinggal di Kota Bharu untuk tempoh berkempen ini, dan orang luar ini dibantu perwakilan Rantau Panjang Wan Nasir dan Sazmi Miah KP Machang yang tidak diterima di Bahagiannya sendiri.
Yang pasti kepala Agong akan mula kerap bertukar tangan di antara ejen Mukhriz dan perwakilan. Selain cara biasa, modus operandi pelik Mukhriz akan bertanya perwakilan apa sebarang 'masalah kewangan' dan terus mengarahkan pegawai baruanya Anas untuk memasukkan wang terus ke akaun bank perwakilan.
Hipokrasi Mukhriz yang kononnya tak mahu membayar secawan kopi perwakilan pun kerana ianya merupakan rasuah. Dengan lantang dan tidak menghormati sumbangan dan pengorbanan perwakilan, Mukhriz pernah berkata mengenai kaedah menggunakan dana politik untuk menghargai perwakilan, "Rakyat sukar untuk menerima pemimpin yang terpilih secaraamalan terkeji tersebut". Terkeji? Jadi perwakilan yang menerima wang pun terkejilah? Tapi yang paling penting, mengapa setelah menggambarkan amalan ini sebagai 'terkeji' Mukhriz pula kini yang mahu menggunakan wang sebanyak-banyaknya? Hai, sudah lah lantang tak bertempat, hipokrit juga!