Matlamat penubuhan laman blog ini adalah sebagai medan perkongsian dan perbincangan mengenai isu-isu semasa serta pusat saluran maklumat terkini berkenaan perkembangan pergerakan Pemuda IKS. Setiap ulasan yang dibuat mengenai apa jua topik hendaklah dilaksanakan secara matang dan profesional. Pemuda IKS akan menapis sebarang ulasan yang tidak bernas dan tidak membina untuk menjaga nama baik laman blog ini. Terima kasih di atas kerjasama semua pengunjung.

Peti Suara


15 Februari 2009

Agenda Pergerakan: Jom Boling!

Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Batu akan menganjurkan satu Kejohanan Boling di antara cawangan-cawangan di dalam UMNO Bahagian Batu. Kejohanan tertutup ini adalah untuk penyertaan ahli-ahli Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Batu sahaja. Setiap Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan diwajibkan untuk menyertai kejohanan ini bersama-sama dua orang ahli dari cawangannya untuk membentuk satu pasukan.
Tarikh: 28 Februari 2009 (Sabtu)
Masa: 9.00 malam
Tempat: Kompleks Mutiara, Jalan Ipoh
Kejohanan ini adalah hasil usaha Biro Sukan & Rekreasi Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Batu. Pengerusi Biro tersebut, yang juga Ketua Pemuda IKS, Saudara Fakhrulzaman Fadzil memaklumkan bahawa kejohanan seperti ini adalah bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim dan menggalakkan budaya bersukan di kalangan ahli-ahli.
Ahli-ahli yang berminat boleh mendapatkan borang penyertaan daripada Biro tersebut, atau sila lihat pautan "Muat Turun Borang" pada sebelah kanan bentangan laman blog ini. Borang yang lengkap boleh diserahkan bersama-sama bayaran yuran pendaftaran kepada Biro tersebut selewat-lewatnya 22 Februari 2009.
Pada malam ini, Pemuda IKS akan menyertai perlawanan futsal persahabatan dengan Pemuda Rumah Pangsa PKNS. Ini semua adalah usaha awal Biro tersebut untuk menerapkan cara hidup yang sihat melalui bersukan di kalangan masyarakat. Saudara Fakhrulzaman Fadzil turut berhasrat untuk mengembangkan lagi aktiviti-aktiviti anjuran bironya supaya mendapat sambutan daripada penduduk setempat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan