Pemuda IKS ingin melontarkan pandangan mengenai perjuangan UMNO pada masa kini.
UMNO telah mengalami perubahan yang ketara selepas PRU-12 pada tahun lalu. Selepas kejatuhan lima negeri dan beberapa isu panas yang timbul, UMNO, pada pandangan Pemuda IKS, perlu diberi penjenamaan semula dari segi perjuangan, imej dan juga di kalangan pemimpinnya.
Pemuda IKS ingin menyentuh mengenai perjuangan UMNO. Adakah ianya masih relevan? Media massa mungkin telah melakukan tinjauan rambang dan terdapat pelbagai reaksi dari masyarakat. Ada yang menyatakan ianya masih relevan dan begitu juga sebaliknya.
Apa yang relevan? Memperjuangkan nasib agama? Lihat sahaja pada apa yang terjadi di sekeliling kita. Masyarakat, khususnya muda mudi yang bakal menerajui kepimpinan negara kelak begitu ramai yang terjerumus ke dalam kegiatan yang tidak sihat.
Kita yakni UMNO sering melaungkan slogan memperjuangkan Agama, Bangsa dan Negara tetapi adakah slogan itu benar dan ikhlas? Adakah ianya sekadar retorik ataupun hanya sekadar mengikut telunjuk pemimpin (bos)? Atau boleh kita gelar sebagai hipokrit? Renungkan.
Bagaimana pula dengan nasib bangsa Melayu yang konon-kononnya menjadi tuan di bumi Malaysia. Kita marah apabila ada pihak yang mempertikaikan ketuanan Melayu. Tetapi apa tindakan kita untuk merubah nasib 'tuan' yang menjadi 'orang suruhan' kepada bangsa lain? Mungkin dakwaan ini agak keras tetapi ini adalah realitinya.
Memang tidak dinafikan ada Melayu yang kaya, mewah dan berada tetapi apa pula yang disumbangkan kepada anak bangsanya? Apa pula yang generasi muda lakukan untuk mengubah nasib mereka? Dimana perginya pemimpin yang sepatutnya merintis jalan kepada perubahan tersebut?
Kita sedia maklum yang parti pembangkang sentiasa mencari silap kita untuk dicanang serata alam. Tetapi adakah pembangkang mampu mentadbir? Lihat sahaja apa kerosakan yang telah dan bakal dilakukan di lima negeri yang dirampas. Slogan Negara Kebajikan, Malaysia for Malaysian dan For New Malaysia adalah slogan 'sampah'.
Diharapkan semoga UMNO dapat kembali ke landasan yang sebenar dengan kepimpinan yang betul dan berteraskan ke-Islaman. Kerana kita perlu ingat bahawa perjuangan kita belum selesai dan akan dipersoalkan di akhirat kelak!
UMNO very much relevant di M'sia kerana ia masih memegang kerusi terbanyak di Parlimen antara semua2 parti2 bertanding. Dari segi sokongan memanglah ada berkurangan tetapi ianya sebahagian dari proses sistem demokrasi dan ia seharusnya menjadi pedoman bagi ahli-ahli UMNO bahawa dalam sistem demokrasi rakyat adalah KETUA dan wajar dihormati. Kegagalan berbuat demikian akan mengakibatkan sokongan berkurangan sooner or later.
BalasPadamharus ingat, Umno masih boleh diharapkan dengan syarat, depa kena tukak cara. Tak boleh peminpin lebih kaya dari rakyat. Rakyat adalah boss sementara peminpin adalah kuli. itu yang harus dipegang.
BalasPadamMasalahnya, kebanyakan pemimpin UMNO hari ini mengkulikan rakyat. Main langgar je ape diorang nak buat tanpa memikirkan hak rakyat. Lepas tu bile rakyat demand, penatlah nak tunggu pemimpin ni laksanakan.
BalasPadamPaling mudah jalankan peranan masing-masing dengan amanah yang diberi.
BalasPadamDalam dunia demokrasi memang wujud parti politik. Tetapi bila khilafah islamiah dah muncul takde dah parti politik ni. Semuanya ke wala' pada khalifah.
Bila dah laksanakan peranan masing2 dengan mempunyai disiplin organisasi yang terurus dan tersusun maka insyaAllah baik semuanya.
Satu lagi usul yang boleh Pemuda IKS bawa ke PAU akan datang. Minta kerajaan memperkasa jabatan2 agama dan dakwah di Malaysia juga Kepimpinan sendiri untuk hebat merangsang aktiviti dakwah. Ramai rakyat masih belum Islam, hal ini bakal ditanya nanti akhirat kelak. Cina dan India ramai belum Islam. Malah ramai pula melayu yang rosak.
Selagi hayat dikandung badan, cepat2 kita berubah. Akhirat nanti berapa sen sangat harga melayu, cina, india, arab....
Wallahua'alm
Pendirian saya di...http://nasilemakbungkus.blogspot.com
BalasPadam"Katakanlah perkara yang benar walaupun ianya pahit!" - Khalifah Saidina Umar Al Khattab
BalasPadamJadi..Berani Berubah!!
Salam Pemuda IKS,
BalasPadamUMNO relevan mengikut objektif perjuangan, tetapi tidak dari subjektif disebabkan sesetengah individu didalamnya yang sudah tidak mendukung perjuangan UMNO, tetapi perjuangan sendiri..
Asslamualaikum dan salam perjuangan..
BalasPadamTernyata pada hari ini masyarakat meng'harakiri'kan nasib mereka kerana hilang kepercayaan kepada kepimpinan.
Kepada pemimpin UMNO di setiap lapisan, ubahlah cara pemikiran dan ingatlah akan perjuangan sebenar UMNO.
Dahulu UMNO relevan kerna perjuangan berteraskan pembelaan nasib orang Melayu.
BalasPadamKini UMNO sudah tidak relevan disebabkan oleh perasaan dengki sesama orang Melayu.
Salam Perjuangan,
BalasPadamUMNO masih lagi sebuah parti yang releven dan ada sesetengah pihak terutamanya pihak dalaman yang membuatkan UMNO ini tidak releven.
Releven nya UMNO secara keseluruhannya ialah sebuah parti yang masih lagi mendukung perjuangan bangsa MELAYU dan menjaga intitusi Raja2.UMNO juga secara berhati hati dan senantiasa menjaga kestabilan dan kemakmuran rakyatnya daripada ketidakmakmuran dan huru hara.
Yang teramat penting UMNO masih lagi bertahan untuk mempertahankan negara daripada penjajahan bangsa asing.Ini bagi memastikan slogan 'takkan melayu hilang di dunia'.
Tidak Releven nya UMNO secara keseluruhan nya pula masih terdapat lagi individu yang mengamalkan kronism yang terang terangan. UMNO juga tidak membuat persaipan bagi melahirkan barisan kepinpinan yang berkeliber dan bersemangat pejuang bijak dan amanah untuk mewarisi kepinpinan akan datang. UMNO juga kurang menekan kedalam hati nurani ahli ahli nya perjuangan AGAMA dan ini akan menjatuhkan ketahanan UMNO itu sendiri.
Impak yang dapat dilihat dengan bermula kejatuhan 5 negeri dan rakyat telah berani untuk membuat demontrasi jalanan. Jika dianalisis sekarang mungkin kecil kecilan tapi tidak mustahil suatu hari nanti ianya menjadi lebih besar dan ganas.
Persoalannya siapa yang akan mengubah dan berjuang untuk UMNO agar terus kekal relevan?
UMNO akan terus kekal releven untuk jangkamasa 25thn ke 50 tahun jika keadaan kekal seperti sekarang tapi jika perubahan kecil yang berterusan daripada hari ini dilakukan secara serius mungkin UMNO akan terus kekal 100tahun lagi atau lebih.