Matlamat penubuhan laman blog ini adalah sebagai medan perkongsian dan perbincangan mengenai isu-isu semasa serta pusat saluran maklumat terkini berkenaan perkembangan pergerakan Pemuda IKS. Setiap ulasan yang dibuat mengenai apa jua topik hendaklah dilaksanakan secara matang dan profesional. Pemuda IKS akan menapis sebarang ulasan yang tidak bernas dan tidak membina untuk menjaga nama baik laman blog ini. Terima kasih di atas kerjasama semua pengunjung.

Peti Suara


14 Januari 2009

Dato' Mukhriz Mahathir: Resolusi Untuk Buka Sekatan

Pihak Bangsa-bangsa Bersatu perlu merangka satu resolusi bagi memaksa Israel untuk membuka sekatan pada sempadan Rafah antara Mesir dan Semenanjung Gaza. Ini adalah untuk memudahkan kemasukan bantuan kemanusiaan kepada Gaza seperti bantuan ke hospital dan klinik di kawasan itu.
Selagi sempadan kekal terhalang, bekalan-bekalan itu akan hanya dilonggokkan di Kaherah dan Rafah, selatan Negara Jordan dan Lubnan, dan tidak akan sampai kepada penduduk Palestin. Selagi PBB tidak memaksa pembukaan sekatan pada sempadan untuk membenarkan konvoi perikemanusiaan masuk, usaha bagi membantu mangsa perang di Gaza tidak boleh dijalankan.
Tindakan Israel adalah satu pencerobohan dan bukannya peperangan seperti yang digambarkan oleh media massa AS. Mangsa yang terlibat bukannya tentera tetapi orang awam termasuk wanita dan kanak-kanak.

4 ulasan:

  1. Israel adalah syaitan yang boleh dilihat.

    BalasPadam
  2. menarik

    http://pkrpasdap.blogspot.com/

    BalasPadam
  3. Bagus la kalo Mukhriz mencadangkan sebegini. Walaupun genjatan senjata untuk Israel adalah sesuatu yang mustahil, genjatan senjata di KT juga perlu ada.

    Sempadan Gaza perlu dibuka untuk memberi laluan kepada bantuan kemanusiaan. Ini adalah di antara usaha kita untuk membantu rakyat palestin.

    BalasPadam
  4. Kami sentiasa menyokong Dato' dalam memperjuangkan agama, bangsa dan negara. Tunjukkan kepada dunia yang kita mampu lakukan...

    BalasPadam