Matlamat penubuhan laman blog ini adalah sebagai medan perkongsian dan perbincangan mengenai isu-isu semasa serta pusat saluran maklumat terkini berkenaan perkembangan pergerakan Pemuda IKS. Setiap ulasan yang dibuat mengenai apa jua topik hendaklah dilaksanakan secara matang dan profesional. Pemuda IKS akan menapis sebarang ulasan yang tidak bernas dan tidak membina untuk menjaga nama baik laman blog ini. Terima kasih di atas kerjasama semua pengunjung.

Peti Suara


24 Disember 2008

UMNO Bahagian Batu: Persidangan Semula!

UMNO Bahagian Batu akan menyaksikan pertarungan semula antara calon Ketua Bahagian, Yahya Mat Ghani dan Datuk Yusuff Hamid. Pada persidangan yang lalu (02/11/08), Datuk Yusuff Hamid telah menang dengan 5 undi majoriti. Yahya Mat Ghani telah memohon kepada UMNO Malaysia untuk persidangan semula dan kini segala persoalan tentang kesahihan keputusan persidangan yang lalu terjawab sudah.
UMNO Bahagian Batu akan mengadakan persidangan semula dijadualkan pada 28/12/08 (Ahad). Persidangan kali ini hanya akan menyaksikan pertandingan untuk jawatan Ketua Bahagian. Tentang lokasi dan masa akan diberitahu kelak. Syabas diucapkan, inilah ketelusan yang Pemuda IKS cari dalam UMNO. Kepada Yahya Mat Ghani, selamat berjuang! Pemuda IKS menyokong penuh barisan kepimpinan anda dalam perjuangan ini.

7 ulasan:

  1. Selamat bersidang. Hidup Abas!

    BalasPadam
  2. Nobisha, terima kasih di atas sokongan anda!

    BalasPadam
  3. Ha, sidanglah baik-baik no?

    BalasPadam
  4. pilih lah yg trbaik untuk msa depan bahagian batu...pada sesiapa yg menang tlg lah jalankan tanggjawab dgn ikhlas dan jujur.pada yg kalah renungilah ape kesilapan yg anda buat perbaiki lah untuk diri anda semua..hidp batu hidup batu

    BalasPadam
  5. Persidangan ini adalah untuk memilih jawatan KETUA BAHAGIAN semula sahaja kerana mungkin timbul keraguan terhadap pemilihan yang lepas... Diharap kawasan BATU dapat mengekalkan keharmonian semasa persidangan berjalan kelak... Buatlah pilihan yang tepat kerana anda (perwakilan) adalah penentu masa depan BATU...

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah.....
    Datuk ABAS@ YAHYA MAT GHANI memang dan dengan rasminya jadi KETUA BAHAGIAN BATU....

    BalasPadam