Matlamat penubuhan laman blog ini adalah sebagai medan perkongsian dan perbincangan mengenai isu-isu semasa serta pusat saluran maklumat terkini berkenaan perkembangan pergerakan Pemuda IKS. Setiap ulasan yang dibuat mengenai apa jua topik hendaklah dilaksanakan secara matang dan profesional. Pemuda IKS akan menapis sebarang ulasan yang tidak bernas dan tidak membina untuk menjaga nama baik laman blog ini. Terima kasih di atas kerjasama semua pengunjung.

Peti Suara


17 Disember 2008

Program Pemuda

UMNO Cawangan Kampung Chubadak Asal akan menganjurkan Kursus Pengurusan Jenazah Islam pada tarikh 21/12/2008 (Ahad) pada jam 8.30 pg hingga 2.00 ptg bertempat di Madrasah Bakariah (Surau Tinggi) Kampung Chubadak. Kursus ini adalah percuma untuk semua dan tarikh tutup penyertaan adalah selewat-lewatnya pada 17/12/2008 (Rabu). Untuk borang penyertaan dan maklumat lanjut, sila hubungi Saudara Fariz, Ketua UMNO Cawangan Kampung Chubadak Asal di talian +6019 278 2785.
Satu kursus Pembangunan Usahawan anjuran Bioteam (MeCD) dan Wanija Resources dengan kerjasama Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Gombak akan diadakan pada tarikh 27/12/2008 (Sabtu) pada jam 8.30 pg hingga 7.00 ptg bertempat di Bioteam Business Centre, Batu Caves (bersebelahan Plaza UMNO Bahagian Gombak). Yuran penyertaan adalah sebanyak RM50 untuk setiap peserta dan tempoh untuk penyertaan adalah sehingga 15/12/2008 (Isnin). Kemudahan pinjaman untuk perniagaan akan disediakan. Jika berminat, sila hubungi Saudara Jamal, Exco Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Gombak di talian +6012 250 6197.

3 ulasan:

  1. nih bukan sudah sukses ke? ermm...

    BalasPadam
  2. Mohon kerjasama kepada semua ahli-ahli pemuda UMNO Cawangan Taman IKS untuk mengemuka permohonan anda bagi mengikuti kursus-kursus yang telah ditawarkan. Penglibatan saudara semua amatlah dialu-alukan.

    Sekian, terima kasih.

    Ali Imran Hassan
    Naib Ketua Pemuda
    Cawangan UMNO Taman IKS

    BalasPadam