Matlamat penubuhan laman blog ini adalah sebagai medan perkongsian dan perbincangan mengenai isu-isu semasa serta pusat saluran maklumat terkini berkenaan perkembangan pergerakan Pemuda IKS. Setiap ulasan yang dibuat mengenai apa jua topik hendaklah dilaksanakan secara matang dan profesional. Pemuda IKS akan menapis sebarang ulasan yang tidak bernas dan tidak membina untuk menjaga nama baik laman blog ini. Terima kasih di atas kerjasama semua pengunjung.

Peti Suara


06 November 2008

Pusingan ke-2: Yahya lwn Yusuff

Pemuda IKS diberitahu oleh beberapa sumber yang boleh dipercayai bahawa Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Batu akan diadakan semula. Satu perkara yang telah dijangka. Mungkin ada yang berpandangan dan beranggapan Kem Datuk Yahya Mat Ghani begitu ghairah untuk menang dalam pemilihan kali kedua ini. Dan pada Pemuda IKS, sebenarnya Dato' Yusuff Hamid yang lebih ghairah dan berahi untuk mempertahankan jawatannya.
Pada persidangan yang lalu, Pemuda IKS sentiasa memandang dari satu sudut yang positif ketika keputusan diumumkan. Keputusan telah menunjukkan bahawa kemenangan lebih berpihak kepada barisan kepimpinan Datuk Yahya Mat Ghani setelah kesemua jawatan tertinggi dimenangi oleh calon-calon dari barisan beliau, akan tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Jawatan Ketua UMNO Bahagian Batu dimenangi oleh Datuk Yusuff Hamid.
Agak melucukan apabila kesemua calon di dalam barisan kepimpinan Datuk Yahya Mat Ghani 'menang tegak' bak kata orang lama UMNO tetapi ketuanya tidak menang! Bagi sesetengah pihak, mereka mungkin beranggapan bahawa kemenangan dan kekalahan perlu diterima dengan hati yang terbuka, memang benar dan ianya tidak dinafikan. Akan tetapi untuk mencipta kemenangan biarlah secara bermaruah.
Walaupun dihujani perasaan kecewa dan bingung ketika itu, Pemuda IKS tetap akur dengan keputusan yang diumumkan kerana adat bertanding, satu pihak pasti meraih kemenangan dan satu pihak lagi terpaksa akur dengan kekalahan.
Kemudian Pemuda IKS cukup kagum dengan sikap segelintir perwakilan yang dengan penuh bangganya membuat kenyataan telah bahawa mereka telah 'swing' dari menyokong satu pihak ke satu pihak yang lain. Ini menunjukkan sifat keterbukaan di kalangan warga UMNO Bahagian Batu. Hebat! Tahniah diucapkan!
Pemuda IKS mewakili Perwakilan Pemuda Bahagian Batu, G10 berharap semua perwakilan yang terlibat agar menabahkan hati dan menguatkan semangat seperti perjuangan sebelum ini kerana barisan kita akan turun semula untuk memberi undi kepada calon yang akan kita bawa iaitu calon-calon barisan kepimpinan Datuk Yahya Mat Ghani.
Marilah kita bersama-sama mencapai kata sepakat mengundi calon yang benar-benar memperjuangkan UMNO berlandaskan kepentingan agama, bangsa dan negara. Janganlah terlalu memandang ke arah pangkat dan kebendaan tetapi apa yang perlu dan wajib bagi orang Islam berketurunan Melayu ambil kira adalah tanggungjawab yang akan dipersoalkan di akhirat kelak.
Berkenaan tarikh persidangan, UMNO Bahagian Batu akan mengumumkannya dalam masa terdekat.

2 ulasan:

  1. ketika datuk suhaili membuat penerangan kepada pemuda labuan mengenai status mereka, beliau ada menyebut mengenai perkara ini. walaupun tidal secara terperinci namun antara kandungannya berbunyi "bahagian seputeh, pemuda labuan dan puteri bukit bintang akan diputuskan statusnya selepas mesyuarat pengurusan umno rabu ini, yang akan dipengerusikan oleh yab tpm sendiri, bagaimanapun status batu sudah disahkan sebagai "sah" dan tidak akan ada mesyuarat semula".

    mintak maaf kalau fakta saya ini salah, atau saya salah dengar ketika datuk suhaili membuat penerangan.

    BalasPadam
  2. Memandangkan keadaan politik negara yang gawat, cabaran dan gugatan terhadap kepimpinan Melayu yang lemah oleh pihak-pihak tertentu, dari dalam dan luar negara serta keadaan ekonomi dunia yang kucar kacir dewasa ini, maka KAMI, para penulis, wartawan dan blogger yang prihatin terhadap nasib Bangsa, Agama dan Tanah Air, yang bersidang di Janda Baik, Pahang mengambil sikap dan pendirian seperti berikut:-

    1. KAMI mendesak dan menuntut agar para pemimpin Melayu dari berbagai fahaman politik mengembelengkan tenaga, kerjasama dan buah fikiran demi mempertahankan keluhuran dan kekeramatan PERLEMBAGAAN MALAYSIA TANPA KOMPROMI.
    2. KAMI memberi amaran kepada para pemimpin politik Melayu dari semua fahaman ideologi agar jangan menjadi pemimpin Pak Pandir yang hanya menang sorak tetapi kampung halaman dan negara terjual kepada pihak asing.
    3. KAMI juga memberi amaran keras kepada pihak-pihak tertentu yang memainkan sentimen perkauman dan mempertikaikan HAK ISTIMEWA MELAYU sepertimana yang termaktub dalam PERLEMBAGAAN NEGARA agar jangan mencetuskan permusuhan antara kaum, antara agama dan antara budaya oleh kerana mereka menganggap kepimpinan Melayu lemah dan boleh diperdagangkan untuk memenuhi agenda perkauman mereka.
    4. KAMI juga memberi amaran keras kepada para pemimpin Melayu, khasnya UMNO, agar mereka jangan menjadi pengkhianat BANGSA, AGAMA DAN TANAH AIR hanya kerana didorong oleh nafsu kekayaan kebendaan, kuasa yang dipinjamkan Allah, hingga melupai tanggungjawab mereka terhadap generasi Melayu akan datang.
    5. KAMI menggesa seluruh umat Melayu yang menjadi para pejuang BANGSA, AGAMA DAN TANAHAIR tanpa mengira aliran politik agar memilih barisan pemimpin mereka yang terbaik dan bersih dari korupsi, berbagai skandal yang memalukan, yang berwibawa, berilmu dan berjiwa dinamik untuk menerajui kerajaan dan badan-badan amanah lainnya.
    6. KAMI memberi peringatan dan teguran ikhlas bahawa UMNO mesti melakukan revolusi mental dan perombakan pemikiran yang dekaden, konservatif, materialistik yang melampau, anti ilmu, berpuak-puak, mementingkan diri, kaum keluarga dan para kroni hingga sanggup memperjudikan nasib BANGSA, AGAMA DAN TANAHAIR.
    7. KAMI memberi amaran keras dan peringatan yang tulus ikhlas bahawa kepimpinan UMNO yang lemah, korup, rakus dan gila kuasa boleh menggerhanakan masa depan generasi muda Melayu dan rakyat yang telah memberikan sokongan mereka sejak 51 tahun UMNO memimpin kerajaan Malaysia.
    8. KAMI juga ingin mengingatkan para pemimpin Melayu yang berkuasa agar jangan terlalu banyak berkompromi dengan golongan-golongan tertentu yang mempunyai agenda tertentu untuk melemahkan kepimpinan Melayu.
    9. KAMI juga ingin mengingatkan para pemimpin Melayu yang berkuasa bahawa kelemahan kekuasaan politik Melayu akan membawa kehancuran dan penghapusan kuasa orang Melayu di bumi Malaysia yang bertuah ini.
    10. KAMI menyeru dan menggesa rakyat Melayu bertindak proaktif dalam berbagai bidang kehidupan untuk menjamin kekuasaan politik Melayu tidak terhakis dan ketuanan Melayu dan Islam kekal subur selagi ada matahari dan bulan
    11. KAMI merafak sembah memohon agar Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu mempertahankan kedaulatan baginda seperti mana yang termaktub dalam PERLEMBAGAAN MALAYSIA dengan memberi sokongan moral kepada perjuangan umat Melayu dan Islam dalam berbagai lapangan hidup. Perlulah dihayati kedaulatan dan kedudukan Raja-Raja Melayu akan berterusan sekiranya rakyat Melayu dan umat Islam memperjuang dan mempertahankan institusi Raja tersebut.
    12. KAMI dengan penuh takzimnya memohon Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu dan kaum kerabat baginda agar jangan mengkhianati dan melakukan sesuatu tindakan yang boleh menjejaskan institusi Raja dan melukai perasaan umat Melayu yang mempertahankan institusi Raja selama ini.
    13. KAMI juga menyeru kepada kerajaan agar melaksanakan KEADILAN dan TANGGUNGJAWAB sebagai pemerintah kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum memandangkan Malaysia negara majmuk.
    14. KAMI ingin memberi peringatan kepada bukan Melayu agar berpegang teguh pada kontrak sosial dan PERLEMBAGAAN NEGARA demi menjaga keharmonian hubungan antara kaum serta kesejahteraan dan keamanan yang kita sama-sama mempertahankannya.
    15. KAMI yakin dan percaya bahawa Kebebasan suara Rakyat dan amalan Demokrasi mestilah dipertahankan oleh kerana rakyat yang memberi mandat dan amanah kepada parti-parti politik tertentu untuk berkuasa. Oleh hal demikian KAMI akan bekerjasama dengan siapa saja, dan dari golongan mana sekali pun, demi memperjuangkan hak dan kebebasan Rakyat serta amalan Demokrasi di bumi Malaysia yang bertuah ini.

    Inilah deklarasi yang tulus ikhlas yang KAMI abadikan sebagai cetusan rasa dari buah fikiran KAMI demi memperjuangkan hak dan kepentingan Rakyat, Keamanan dan Kesejahteraan Negara Malaysia.

    BalasPadam