Matlamat penubuhan laman blog ini adalah sebagai medan perkongsian dan perbincangan mengenai isu-isu semasa serta pusat saluran maklumat terkini berkenaan perkembangan pergerakan Pemuda IKS. Setiap ulasan yang dibuat mengenai apa jua topik hendaklah dilaksanakan secara matang dan profesional. Pemuda IKS akan menapis sebarang ulasan yang tidak bernas dan tidak membina untuk menjaga nama baik laman blog ini. Terima kasih di atas kerjasama semua pengunjung.

Peti Suara


18 November 2008

Makcik-makcik Yang Banyak Berjasa

Pemuda IKS berasa agak tersinggung dengan tindakan Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamarudin yang memperlekehkan tahap para pendidik di Tabika Kemas dengan menggelarkan mereka "makcik-makcik". Sebab utama Pemuda IKS tersinggung adalah kerana kebanyakan ahli dan keluarga Pemuda IKS adalah hasil dari pendidikan Tabika Kemas. Alhamdulillah, setakat ini Tabika Kemas melahirkan golongan beretika dan berjaya.
Adalah tidak relevan untuk membandingkan tahap perkhidmatan Tabika Kemas dengan tadika swasta yang lain. Pertama, Tabika Kemas hanya mengenakan bayaran minimum yang mampu ditampung oleh kebanyakan institusi keluarga. Kedua, Tabika Kemas dibiaya kerajaan dan tidak menitikberatkan soal keuntungan. Yang penting, penyampaian ilmu itu adalah berkesan.
Barangkali, Ahli Parlimen Ampang adalah dari sebuah keluarga yang berada dan mendapatkan pengajian di institusi-institusi swasta. Tetapi itu tidak bermakna beliau boleh merendah-rendahkan tenaga pengajar di Tabika Kemas. Pemuda IKS kenal benar dengan seorang penyelia KEMAS di Segambut. Beliau menyatakan bahawa kanak-kanak yang hadir ke Tabika Kemas cukup gembira dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh pihak KEMAS. Pihak KEMAS memang memberi komitmen penuh terhadap perkembangan kanak-kanak ini. Guru-guru yang mengajar pun adalah mereka yang sudah ditauliahkan oleh pihak KEMAS.
Sedarlah, tenaga pendidik Tabika Kemas bukannya satu kerjaya yang dapat memberi pendapatan yang lumayan. Akan tetapi Pemuda IKS berasa kagum dengan usaha mereka yang bertugas dengan penuh keikhlasan. Bandingkanlah budi dan bakti mereka kepada masyarakat dengan usaha kita yang tak ke mana setakat ini.
"Lepas nie nak compare sekolah kerajaan dengan sekolah swasta pulak ker?"
Janganlah kita mencari populariti di kalangan media dengan menimbulkan isu-isu yang tidak relevan. Pemuda IKS sentiasa memerhati pihak pembangkang yang semakin hari semakin "kering" dengan isu-isu yang relevan.

1 ulasan:

  1. memang isu ini tak patut dipersoalkan. masih lagi saya teringat di zaman tadika, semasa rehat saya terjatuh semasa bermain bersama kawan2. apabila cikgu melihat saya menangis kesakitan, cepat2 dia dtg dan menagkat saya ke kelas. dengan penuh kasih luka di lutut saya dibersih dan disapukan ubat.walaupun seorang guru,tp cara dia merawat seperti seorang ibu dan anak. tidak sedikit pun guru tersebut berkira.amanah dan tanggungjawab menjaga anak2 kecil sewaktu tadika adalah sgt x ternilai kerana dari situ la mereka mula mengenali org luar yg lbh tua dari mereka. jika guru tersebut seperti bersikap sambil lewa,maka anak2 tersebut akan mula meragui org dewasa dan terus tidak mempercayai mereka.

    BalasPadam