Matlamat penubuhan laman blog ini adalah sebagai medan perkongsian dan perbincangan mengenai isu-isu semasa serta pusat saluran maklumat terkini berkenaan perkembangan pergerakan Pemuda IKS. Setiap ulasan yang dibuat mengenai apa jua topik hendaklah dilaksanakan secara matang dan profesional. Pemuda IKS akan menapis sebarang ulasan yang tidak bernas dan tidak membina untuk menjaga nama baik laman blog ini. Terima kasih di atas kerjasama semua pengunjung.

Peti Suara


12 November 2008

Datuk Dr. Hassan Ahmad: Puisi Hina Kaum Melayu

Salah satu warisan kolonial yang masih kekal tinggalnya dalam sejarah bangsa Melayu di rantau ini, khususnya di Semenanjung Tanah Melayu, ialah kepercayaan bahawa tanah asal orang Melayu bukan di Semenanjung ini tetapi di kawasan lain. Ada yang mengatakan bahawa orang Melayu dari Funan.
Walaupun 'teori' ini sudah ditolak, atau sekurang-kurangnya tidak dipercayai lagi, namun masih ada orang yang tetap percaya bahawa orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu bukan penduduk asal tetapi ialah pendatang dari kawasan lain dari Sumatera, dari Jawa, dari Makasar dan entah dari mana lagi.
Maka berdasarkan kepercayaan ini, terciptalah sebuah puisi baru-baru ini, bertajuk Kingdom of Purplaya dikarang oleh orang yang bernama Cecil Rajendra dan diterbitkan dalam majalah Aliran, menghina orang Melayu dengan berkata bahawa orang Melayu yang berada di negara yang disebut `Tanah Melayu' itu bukan penduduk asal kawasan ini.
Orang Melayu adalah kaum pendatang. Mereka datang merantau dari kawasan-kawasan lain, terutama dari Sumatera, lalu mendakwa inilah `tanah asal' mereka. Maka dikatakan bahawa orang Melayu itu mula menuntut hak sebagai kaum bumiputera Persekutuan Tanah Melayu, lalu akhirnya mereka menggubal perlembagaan yang menetapkan beberapa hak mereka.
Menurut puisi itu, orang Melayu menetapkan, dalam perlembagaan itu bahawa raja di negara ini ialah raja Melayu, agama rasminya ialah agama Islam, bahasa rasminya ialah bahasa Melayu. Selain ini, orang Melayu yang dianggap kaum pendatang ini, menuntut hak-hak istimewa yang lain lagi, misalnya dalam bidang pendidikan, dalam bidang ekonomi, dalam bidang pentadbiran, dan sebagainya.
Jikalau puisi ini dideklamasikan di seluruh negara, atau di RTM, misalnya, saya tidak tahu apakah reaksi orang Melayu, reaksi UMNO, reaksi PAS, reaksi raja-raja Melayu, reaksi para sarjana sejarah Melayu dan kumpulan-kumpulan lain lagi. Apa yang akan terjadi pada 'kestabilan' perpaduan kaum di Malaysia jikalau ada pula puisi lain yang 'menghina' kaum-kaum lain, dengan berkata merekalah yang sebenarnya kaum pendatang, yang datang dari kawasan di luar rantau tamadun Kepulauan Melayu ini (istilah yang diciptakan oleh orang Inggeris - Malay Archipelago).
Tetapi selepas kemerdekaan-kemerdekaan yang diperjuangkan oleh orang Melayu - kaum-kaum pendatang ini diterima oleh orang Melayu sebagai warga atau rakyat Malaysia, hidup bersama-sama mencari rezeki di bumi yang bertuah ini, walaupun sejak itu orang Melayu bukanlah kaum yang 'istimewa', kaum kelas satu, kaum yang terkaya dan yang membolot semua kemudahan yang ada di negara ini, kemudahan yang dibina, dibangunkan oleh kerajaan yang boleh dikatakan didominasi oleh orang Melayu: Raja Melayu, Perdana Menteri Melayu, Menteri Besar Melayu, kebanyakan ketua pentadbiran awamnya orang Melayu.
Perhatikan juga kaum minoriti pun diterima oleh orang Melayu untuk duduk dalam kabinet, menjadi menteri dan timbalan menteri, bersama-sama mentadbirkan negara ini. Dan perhatikan juga, walaupun bahasa Melayu bahasa rasmi dan bahasa utama dalam sistem pendidikan negara, kaum Melayu tidak merupakan kaum yang paling maju dalam bidang pendidikan. Bahasa Inggeris masih tetap merupakan bahasa penting dalam pembangunan negara ini. Walaupun Islam agama rasmi, tempat-tempat sembahyang agama lain tumbuh merebak-rebak di serata negara, termasuk di kampung-kampung Melayu.
Tidak wujud di negara ini kumpulan-kumpulan rasis di kalangan orang Melayu, seperti yang terdapat di negara-negara lain, misalnya kumpulan rasis Skinhead di Britain, Ku Klux Klan di Amerika Syarikat, kumpulan rasis Swastika di Jerman atau di Eropah. Kalaupun ada berlaku beberapa peristiwa 'pergaduhan kaum' banyak orang berpendapat bahawa orang Melayu bukanlah pihak yang memulakan atau mencetuskannya.
Ingat peristiwa 'Bintang Tiga' yang mengganas semasa Jepun kalah perang dan sebelum tentera British masuk semula di kawasan yang mereka sebut 'British Malaya' ini. Orang Melayu bertindak hanya setelah mereka diancam. Maka terkenallah orang Melayu ini sebagai bangsa yang paling 'toleran', bangsa lemah lembut, cukup bersopan santun. Maka aman damailah negara selama ini.
Jadi, ahli-ahli sejarah bangsa Melayu hendaklah berusaha, secara ilmiah dan benar, untuk membetulkan mitos-mitos yang masih menyelaputi imej bangsa Melayu hari ini akibat sejarah ciptaan ilmu kolonial yang salah itu. Diharap penulis puisi yang menghina itu menyedari hakikat ini.

6 ulasan:

  1. Umno kena la tentang puisi mcm tu
    jangan hirau org lain

    BalasPadam
  2. Salam ukhuwwah,

    Apapun teori yang mereka kemukakan untuk menjustifikasikan kedudukan orang Melayu sebagai pendatang, ia tidak akan mampu menggugat kenyataan bahawa rantau dan kepulauan ini - dari selatan siam hingga ke kepulauan pasifik - dihuni oleh orang Melayu ( serumpun ), bahkan sebelum tertegaknya negara-negara bangsa ( nation states ) yang memisahkan mereka. Kalaupun orang Melayu dari Sumatera, Makasar, Filipina menjelajah dan menetap di Sabah atau Semenanjung, mereka sekadar berpindah rumah tetapi dalam kerangka geo-politik dan budaya yang sama, pada waktu itu. Tetapi kaum China dan India amat berbeza sekali kerana mereka berasal dari suatu kelompok bangsa yang berlainan budaya dan jurai keturunan dengan orang Melayu. Suprianto di Jakarta, Buyong di Perak dan Awang Damit di Brunei masih boleh mengakui mereka serumpun, sedang Ramasamy di Sg Siput, Ah Chong di Sitiawan dan Abdul di Ipoh tidak akan mengakui mereka bangsa serumpun.

    BalasPadam
  3. Itulah makanya saya mencadangkan agar proses asimilasi dipergiatkan lagi dengan drastik di Malaysia ini. Agar dalam jangka panjang orang melayu malaysia dan cina malaysia dan india malaysia tidak lagi dikenali dengan istilah perkauman tersebut. Kahwin campur adalah kaedah yang sangat mustajab.

    BalasPadam
  4. Fikirkan dulu implikasi kahwin campur ini, terutamanya dari segi agama. Ianya bukan sekadar melafazkan Syahadah dgn niat untuk berkhawin sahaja. Dalam kes ini, sudah banyak yg diberikan kpd bangsa asing. Kaji dan fahami dahulu kesan2 yg bakal terjadi..Jgn teruja dgn konsep bangsa Malaysia ini. Sebagai contoh lihat sahaja masyarakat Melayu Singapura.

    BalasPadam
  5. Salam Perjuangan,

    Adalah satu hakikat jika saya katakan bahawa kita terlalu memberi muka, sehingga mereka kini dah panjat ke atas kepala.

    Merekalah yang menyisihkan diri dari kita, tetapi dengan tidak sedarkan diri menyalahkan dasar yang sedia ada yang menjadi punca kepada masalah kaum di Malaysia.

    Saya boleh beri contoh yang amat terang dan nyata, cuba lihat bahawa pusat tuisyen Cina dikunjungi oleh ramai Melayu, tapi pusat tuisyen Melayu nak tengok Cina dua tiga ekor ada la, tu pun kalau ada. Nak kata kualiti, di pusat tuisyen Cina pun melayu juga yang ajar.

    Saya akan buat posting pasal ni, coming soon.

    Wassalam.

    BalasPadam
  6. Saki baki bintang tiga a.k.a komunis masih ada di negara ini. Jadi , awaslah golongan subversif ini. Perhatilah sekeliling kita, puak ini memang tidak tahu berterima kasih dan tidak tahu erti budi.

    BalasPadam